http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/seabeast-01.jpg?w=490

Seabeast ialah salah satu episod dari novel terkenal Herman Melville iaitu “Moby Dick” yang telah diangkat menjadi filem bisu pada tahun 1926 dan ia juga adalah trek ke 3 dari album Mastodon, ‘Leviathan’. ‘Leviathan’ sendiri pada amnya ialah sebuah album konsep dengan isi cerita tertumpu kepada novel ‘Moby Dick’, yang berkisahkan tentang sekumpulan anak kapal dalam usaha mereka memburu seekor paus putih gergasi yang lebih dikenali sebagai Moby Dick. Video muzik ‘Seabeast’ mengambil salah satu fragmen daripada novel ‘Moby Dick’ iaitu babak pertarungan di antara Captain Ahab, Mr. Queequeg dan si paus Moby Dick. Jika menonton video muzik ini tanpa memahami konsep Leviathan atau sekurang-kurangnya membaca dan menonton sebarang adaptasi Moby Dick, anda mungkin sukar memahami maksud cerita video muzik ini.
Video muzik arahan bersama Jonathan Rej dan Tom Bingham dari Authority Films ini juga kaya dengan elemen visual gabungan barat dan timur dan ini memberi keunikan kepada ‘Seabeast’ berbanding video muzik yang sedia ada. Dapatkah anda bayangkan elemen filem bisu era 1920-an digabungkan dengan wayang kulit dari tanah nusantara?
Disamping itu, ia diperindahkan lagi dengan makhluk-makhluk pelik, yang sebenarnya adalah elemen baru yang tidak terdapat di dalam teks Moby Dick.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/seabeast-02.jpg?w=490
Temubual bersama JONATHAN (JONNY) REJ

ROTTW :  Hai, Jonny. Boleh anda ceritakan inspirasi untuk video muzik ini? Adakah anda berdua mengambil satu gaya yang tertentu dalam menghasilkan video muzik ini ?
Jonny : Hai Nazri. Inspirasi kami datangnya dari filem-filem bisu seperti Trip To The Moon, Cabinet of Dr Caligary dan Nosferatu. Kami guna kamera 35mm yang lama (untuk kesan vintage), dirakam di sebuah teater era 1920-an yang terbiar iaitu Madison Theatre di Atlanta. Rekaan set dan makeup juga dibuat seperti cara yang digunakan ketika era 1920-an. Kami juga mendapat inspirasi dari seni kulit album ‘Leviathan’ yang dihasilkan oleh Paul Romano, seperti ombak besar Hokusai (satu seni catan purba dari Jepun) dan patung wayang kulit dari tanah nusantara.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/seabeast-03.jpg?w=490

ROTTW : Bagaimana dengan rekaan karekter? Saya lihat ada unsur Chtullu oleh H.P. Lovecraft pada satu karekter.
Jonny : Itu hasil kerja Dirk Hayes (seorang artis tatoo yang juga pereka boneka). Kami bergabung bersama Dirk serta artis-artis di Atlanta yang pernah berkerja  untuk Atlanta Center For The Puppetry Arts. Dirk yang mereka makhluk-makhluk pelik untuk video muzik ini. Saya tak pasti dari mana dia mendapat idea tapi ianya memang cool.

ROTTW : Anda kenal rapat dengan band Mastodon ketika menghasilkan video ini?
Jonny : Saya sudah lama mengenali mereka, sebelum kami menghasilkan video muzik lagi. Sebelum Mastodon, mereka bersama band lain. Jadi ketika Mastodon sedang merancang untuk membikin video muzik, saya akan beritahu Brann (Dailor, pemain dram Mastodon) yang saya ingin hasilkan video muzik untuk mereka. Video muzik pertama yang kami hasilkan ialah Blood And Thunder, kemudian barulah Seabeast. Selepas itu kami hasilkan 2 video muzik dari album Blood Mountain, iaitu Wolf Is Loose dan Colony Of Birchmen , kedua-duanya dihasilkan dalam masa seminggu.

ROTTW : Apa projek terbaru Authority Films?
Jonny : Sekarang kami tidak lagi menghasilkan video muzik. Kami lebih banyak menghasilkan komersil tv dan juga projek bersama Adult Swim (satu saluran televisyen di bawah Cartoon Nertworks USA). Tapi saya ada berbincang dengan Brann beberapa minggu lepas dan dia mahukan kami menghasilkan video muzik untuk album terbaru mereka yang bakal keluar nanti. Kami suka berkerja dengan mereka, mereka hebat dan punya banyak idea jadi saya berharap dapat berkerja dengan mereka sekali lagi.

profil AUTHORITY FILMS

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/seabeast-04.jpg?w=490
Team pengarah duo dinamik ini telah mula menempatkan diri mereka di dalam dunia pembikinan video muzik sejak 1o tahun berpangkalan di tempat asal  mereka, Atlanta, Georgia. Jonny bertanggungjawab selaku penyunting video manakala Tom bertindak di bahagian sinematografi.
Kebanyakan video muzik mereka dihasilkan untuk band-band di bawah label indie dengan kos pembikinan di bawah US$100,000, antaranya  Sloppy Meateaters – “Ballad of Boo Radley”, Stretch Arm Strong – “For the Record “, Glasseater – “Medicine”, Squad 5-0 – “I Don’t Want to Change the World, I Just Want to Change Your Mind”, Mars Ill – “Breathe Slow”, Kids In The Way – “Phoenix With a Heartache”, Grits – “Hittin Curves”, Man Or Astroman – “Miracle of Genuine Pyrex” dan  2 video muzik untuk Further Seems Forever – “The Sound” dan “Snowbirds and Townies”. Selain video muzik, mereka banyak     menghasilkan komersil televisyen.
Kedua-dua graduan Savannah College of Art and Design ini gemar menghabiskan masa lapang mereka bersama skateboard dan muzik rock n roll.


I think I bargained more than you spent for Muse concert when I decide to meet the arm / hand of Tool, in insecurity. I broke now.”

Itu baru sikit, to have more is to bargain more. Time, actually. The gold.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/10/josh01.jpg?w=490

diagram 1:
1. Joshua Davis and his arm of Tool, MTC, Kuala Lumpur. Waiting for signing session.
2. The speaker list. Kalau anda teliti, Joshua Davis tidak meletakkan tajuk forum berbanding speaker yang lain. He talk freely, drive by his Mac.
3.Tags out“, pesan Aneem. The black bag, conference tag + cube note book with Joshua Davis design on the cover.
4. ‘Designer edition’ booth outside conference hall.

On January 12, Countess Aneem of n0tangel as she used to be in 2002 brought me some bad news. I’m not going to have my place at MTC. It’s sold. The other way is to double my tix price, when I’m not even going to use the rest of the half. Joshua Davis. That’s all. It sounds like the design con I’m going to sit tommorow won’t give me a damn.

So, I sleep, until the end of the con. The only thing that matter now is to meet the hand at the end of the con. It start at 9 am. Its only at 3.45pm, baru Joshua give his presentation. So, I thought, OK, I show up at the end of the con, so I wont ache. Plus I got work to do back at the office, ketika “syaitan nak berjoget, ” as my employer said, reffering the party people after the end of Butters & Friends gig. n0tangel now dealing with blitzenius, that used to be titled as blynk3n in his sporadic human age, dehumanize recently. Urgh,… aku tak tidur pun sejak semalam.

I wake at 10am, bila telefon berbunyi, sejam selepas Massive Con berlangsung. From Aneem. “Kau kat mana?”Kat ofis… ” “Datang cepat! Aku dah reserve seat kau!”Ouh,…. gimme one hour?”

I remember aku tak shave semalam, now all the fur’s gone. Tiba-tiba. And I almost broke, when I ask Aneem to get me a place. And now I’m not sure.

Aku sampai dalam pukul 1 tengahari ketika speaker sedang rehat,… and I saw 123Klan dari France sedang demo graffiti. I read about them once in Ish mag di kampung. That’s the only thing about 123Klan I could recall sejak di kampung, Terengganu tiada kedai yang simpan periodical design. If only they could, aku kena bayar dengan harga yang mahal. Lebih mahal berbanding ibu kota. And I remember it always depressing about berada di kampung, terutama when the lights out and you walk alone, aimless. Anyway, 123Klan, they’re great. Really.

There’s a lot of ‘designer edition’ booth at MTC. I met Lefty from Gilamon comics, booth 84cube yang dijaga Nab sorang,… kesian….

Tadi ada mamat ni,….” Aneem ketika sampai kat aku. Belum habis cakap dia terus bagi Massice Con bag with the tag. “Tags out, eh?” pesan dia. “Hah! Apasal mamat tadi?”Dia tunggu awal pagi tadi, nak masuk. Abis, aku dah reservekan kau. ” “Semalam kau cakap tak ada la. So, I had to think wise…. sebelum aku datang.” Tapi aku dah bayar seminggu dulu….

Finally aku kat dalam dewan MTC tu, at 2pm selepas event dah separuh jalan, for the next presentation by 123Klan (and my first for me, pity…. aku terlepas Kustaa Saksi). Depan sekali, dan bila berada di depan aku tak tau siapa audien di belakang, dan orang-orang penting yang lain. Di luar sedar aku, Sarah is here too. Now, the wife. Wanting to be inspiring.

The con turn out to be a comedy club with the additional ‘the history of VJ culture regurgitated’ by Wieden+ Kennedy. I couldn’t help but to sleep, like watching cinema with complimentary passes. But at the end of Wieden, aku terjaga and people geek out. Dengan selamba Joshua lalu depan aku dengan Mac-nya. Dia terus plugkan Mac. Di layar, terpapar wajah 10 ‘saudara perempuan’nya. Funny guy. (Kalau anda ke sana, anda faham maksud saya). Tiada formaliti dalam persembahan Joshua. Penuh explicity. He is himself, jeans and tee guys without covering his tattoos, two part on both hands and one between his shoulder and his neck.  The exact like I see in my copy of Wired. Tiada topik oleh Joshua tertulis di dalam speaker list , tidak seperti speaker lain. He talk freely about his work. Dia bermula dengan sejarah pra komputernya. Ketika masih menampal kerja manual di fridge, dan memanggang kertas di dalam ketuhar oven. Sangat medieval. Dia tak mengambil masa yang lama sebelum membawa audien ke subjek seterusnya, Tool the band. (Good thing, not many here are familiar with Tool. Jarang sekali di tanahair seni Tool dibawa perbincangannya di tempat sebegini. Again, kalau anda ke sana, anda faham maksud saya…) Ada kepentingan kenapa Joshua membawa Tool sebagai subjek terawal dan paling utama, walaupun ramai di dalam dewan MTC ini lebih maklum Joshua sebagai pembuka jalan komuniti seni grafik dalam talian melalui Praystation dan Dreamlessnya. Ada vulgarism bila membincangkan tentang Tool, …. Tool toilet , got me? The pigs at the end of email? Going out for gun shooting with client? Ada video Tool sedang rehearsal dari kamera peribadi Joshua. Tapi yang paling penting bagaimana seni Swarm untuk Tool dibina. Of course, Joshua pernah tulis perkara ini dalam diarinya tapi anda perlu lihat reaksi Adam Jones ketika Joshua Davis menunjukkan hasil kerjanya kepada Adam.

Joshua Davis : “I’ve sent you an email. Have you seen my work I sent?”
Adam Jones : “I play guitar….”
Joshua Davis : Adam, don’t you get me? I’ve sent you an email.”
Adam Jones : “Josh, I play guitar….”
In the end, jawapan terakhir dari Adam Jones ( I wont write it here, tunggu artikel aku pasal Joshua in the next issue of ROTTW magazine) sangat bermakna untuk semua yang hadir,….. tanpa meninggalkan sense of humour yang anda pada Joshua. Joshua kemudian menyambung dengan subjek BMW, client besar berbanding Tool, client sukar. Tapi approachnya tetap sama dengan Tool.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/10/josh02.jpg?w=490

diagram 2:
1. ‘Becoming Tool’. 2nd topic by Joshua after a lil’ bit history of his medieval age of art.
2. As you can see here, Justin Chancelor, the bass player for Tool. Joshua ada tunjuk video Tool rehearsal sebelum recording 10,000 Days. Bila ditanya tentang Tool, few audience saja yang nodding on the subject. It shows that Tool hanya dimiliki oleh sedikit telinga yang custom sahaja for their music, dalam senarai artist/designer yang hadir. So, that day, it’s a revelation….
3. Joshua menjawab soalan …… si Sarah Joan.
4. Signature terpanjang+time-cost Joshua on, my mag hari tu.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/10/josh03.jpg?w=490

diagram 3:
1. Designer card, giveaway Joshua hari tu.
2. Design Joshua untuk Adam Jones, rasanya tak diguna pakai oleh Tool. Kerja peribadi. Diterbitkan kembali oleh Wired.
3. Intro Flash Swarm Joshua dalam website Tool. Kata Joshua, dalam satu pixel animasi itu ada link ke website rahsia,…. hehe,… cari sendiri.

People wouldn’t have thought how this punk by the name Joshua Davis could change the world. Not just change, tapi mempengaruhi sebahagian besar komuniti artis web. Ataupun yang asalnya bukan web-savvy dan terlalu konvensional tapi turut terikut gelombang dalam talian. On the other side, he like said to people: You have to. You can not to not to have to. Atau anda teringgal di belakang. Tapi tahun pertama sobriety bagi Joshua bukanlah sesuatu yang berinspirasi. Anda perlu merasa sakitnya, atau bergantung pada magis. Dan selalunya berat kepada sakit.

Sesi Joshua berakhir. Audien diminta membuka soalan kepada speaker-speaker ini. Tahap arrogant artis dan designer tanahair, dengan cina-cina sekali memang teruk kerana tiada soalan ditanya (ataupun mereka sudah tulis di atas kertas,… terus kepada pengerusi). Lalu saya nampak Sarah ke depan podium untuk soalan tunggal dari Malaysia. Pathetic…. Saya melihat Sarah dengan wajah yang letih seperti ‘hidup ini untuk berlari’ dan juga cemburu…. OK, I kid… Dan Joshua yang membalas soalan si Sarah tu walau ketika itu Joshua sedang plug out Macnya. Dan ketika signing session, sempat lagi si Sarah menyerahkan designer card dengan domainnya kepada Joshua. Damn kau, Sarah , I hate you,…. haha. Ok, I had some bad memories here upon our internet age. Dah lama sangat sebenarnya.

I got my Wired signed (signature terpanjang banding dengan orang lan, berpeluh orang lain menunggu). Snap his ‘arm of Tool’ photo. Shake hands. Jumpa Aneem + Muid Latif for leaving. Jumpa Abang Rom kat luar Zouk like Butters gig is nothing. Ke KLCC in starving. Then back to work at the office.

And I think I broke. Aku dah kalah. (dikalahkan, that’s the word. Belum menyerah. Joshua pernah homeless, dan aku tak tau dalam kronologi hidupnya, aku dalam fasa mana).

But I don’t see any bad sign. Some people, I adore them dalam bentuk sttill gambar sahaja. Dan ia lebih baik begitu, kerana saya bertanya sendiri, adakah kerana terlalu menuntut perkara yang tak pasti ini, could make my top priority get better? I don’t know. Fate sometimes could happen in a very deserted place. Mungkin ditempat yang paling kau benci.

Kerja dan ruang kreatif aku makin bertambah, tapi masa aku tak bertambah jugak. Seperti headhunter, aku mengumpul tengkorak-tengkorak ini. Orang di luar sana mula hilang harapan terutama orang yang tak faham langsung perihal ‘tanggungjawab sebenar’.

Seminggu selepas itu aku balik ke rumah , Shah Alam. Yang penuh dengan party people. Yang menutup pintu bilik untuk ‘urusan peribadi’ sedang aku perlu guna komputer, untuk teruskan kerja aku.

I’m  old and bored and they think they’re not.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/10/josh04.jpg?w=490
diagram 4:
1. Adam : “Josh, I play guitar…” Jangan jadikan meja makan KLCC sebagai workstation. With few friends from Rantai event.
2. Supernab yang kena jaga booth 84cube sorang2.
3. ‘The catalyst’. Dulu kan sebelum internet explosion, Joshua Davis have taught us a thing or two. Buat domain sendiri, design flash sendiri, promote sendiri, jadi diri sendiri, Dreamless, et al,….. sehinggalah MySpace. With Aneem of n0tangel, Ahmad Nazri previously subdomained blynk3n, Muid Latif who wrote all those local designer online artifact in his Digitalmalaya.com page, and a friend.
4. 123Klan duo in action. Graffitying…
and lastly you see the detail on the back of Joshua designer card.

********************************************************

Esoknya, saya menyanyikan lagu “Ressurection” dengan growl sebenar Mark Hunter, sedang semalam saya senyap sahaja.

Saya menakutkan seorang perempuan. Of course la terkejut, baru terpandang wajah semalam, lepas itu kena mendengar suara jeritan metal lelaki ini seperti ada masalah dengan awek. Dah la dalam satu rumah yang melayan Fergie, si lelaki ini paling lain airplaynya.

Awak takutkan perkara yang tak logik pada pemikiran saya. Jeritan saya… yang menyanyi. Awak tak perasan switch Sinatranya?”

Yang peliknya, perempuan itu tak takut pula berada di dalam satu kumpulan lelaki di tempat tertutup. Dia sorang je perempuan! Urgh! Scare me some more!

********************************************************

I remember I cut art school, for the sake of computer-lab and library. And that’s at Machang, Kelantan. Susah juga nak mempersoalkan sebab aku sorang saja yang eager at those thing, selain Kamal Masrun, seorang rakan sebilik yang kuat dipengaruh, cuma he made it to his final year in textile. I’m not sebab aku kena berdepan dengan logam lembut, which again, I’m not. So, I failed and I was blessed by it.

Dekat Shah Alam, 7 or 8 eight yrs ago, lagi teruk. Komuniti ‘dreamless’ baru saja berakar. Orang-orang yang dikenali di dalam negara boleh dibilang dengan jari. Few people I connected online adalah pengguna, sebagaimana berjuta-juta pembeli perkakasan komputer lain di dunia. They surrendered and executed in the end, kerana mereka tidak mencapai tahap manipulator atau provocateur. (Read: Rantai event review in KLue magazine, Jan 2007 to see how shallow the thought people could come across, because the fact we think we never live until 2007. kesian…) Since there’s not many people out there at the time share the same vision (I see hatred in them, really), I pull it off and balik kampung. Better, I share the Flash gig with Mat Yoe. I stumble upon his Farside book at his bonda’s home, Chendering, makan nasik dengan sambal ikan bilis dan petai. Go to work at 4pm, and back at 7 or 8 am,…. and never sleep at all. Recieved Spawn comic books sent by mail by Sal Abbinanti, because there’s no comic bookstore at Terengganu and that’s the only way. Sub-domain is up again… and in a sudden, di Kuala Lumpur, ‘dreamless’ community is growing in large scale, farther than I had a year ago. Late. Like a line from Damon Albarn on people started to becoming zombie (anti-me, superior and selfish bastard) in this digital age: “These are the seeds of the future, aren’t they? You need to identify them.” (…reffering the scene from Dawn of the Dead…)

I’m much more at home with Daffy Duck than I am with a real person. But the whole zombie thing is an obsession of mine, ” – Jamie Hewlett

‘Dreamless’ community sort of growing in this age when SEA got bummed by an earthquake in the digital channel, still. And you can’t help when superior is my language now.  It stopped me from drink drug.  I know you hate it that way because I want you to hate me that way (and because I don’t want you to love me as a dork).

********************************************************

Awak dah tengok Singles?”
No. Why?”
Masa gig Alice In Chains, I had to scream this way to pick you up. Tak dapat. It only happen bila dah abis gig,kat news stand, outside. Baru saya ada suara. Hmmm,….”
Coming this new year (it just a number anyway, we’re ancient…), with few things I picked from last year (but you), the only thing left, to fit at home, is the Chef while I’m writing code.
That’s just the beginning. My first year. I can’t tell the differences between consult and insult when I deserted.

Mat Yoe is now nowhere in Kuantan/Kuala Terengganu, dah lama putus tunang. Still Writing the code.
Kamal Masrun now reside in Puchong, still writing the code, some paperwork and music practice.
Malik has writing some finest vocal-free song in his basement, Bandar Tasik Selatan.

The Barely Controlled Chaos of Joshua Davis” by Scott Kisrner wired 14.03, 2006
IdN 2002 Fresh Conference leaflet, Singapore, April 2002 (left with none, tak boleh cut school sebab kena approve good result, end up 5 years sacrifice of fresh blood)
Vai Toma No Cú” – Nailbomb (Alex Newport/Max Cavalera), 1994
Bone Machine” – The Pixies (Black Francis) 1987
Davis, Joshua (2002-07-24). Flash to the Core: An Interactive Sketchbook. New Riders Publishing. ISBN 0735712883.
Issue 100. K10k.net (2001-01-01). Retrieved on 2006-07-07.
‘Love story of color’ book sent by Jemma Hostetler (née Gura) of Prate (who collaborate with Joshua in Flash To The Core book).
TOOL “Swarm” intro. Retrieved on 2006-07-10.

things we missed past 3/4 years:
PixelSurgeon, BD4D, kaliber10thousand, pixelcore, razorart, f.ix,…

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/ames-01.jpg?w=490

Ketika mula-mula mendengar Pearl Jam dahulu, pengenalan saya hanyalah melalui lagu ‘Spin The Black Circle’ dari album tahun 1994 mereka, Vitalogy yang memenangi anugerah ‘Best Hard Rock’ dalam anugerah Grammy lebih sepuluh tahun dahulu. Tertarik dengan trek ini, saya bingkas mencari CD Vitalogy walaupun ketika itu mereka lebih dikenali dengan hit klasik seperti “Black”,  “Alive”, “Even Flow”,  “Daughter” dan “Animal” dari 2 album terdahulu, Ten dan Vs. Saya terpegun apabila melihat packaging CD ini yang lain daripada kebiasaan CD-CD yang pernah saya ada. Ia dalam bentuk digipack, tetapi mengambil konsep sebuah buku kesihatan lama era Victorian yang dijumpai vokalis Pearl Jam, Eddie Vedder di sebuah perpustakaan. Untuk mendapatkan feel sebuah buku, package CD ini dibentuk secara menegak dan ia kelihatan pelik dan tidak praktikal jika disusun di rak CD. Seperti juga sebuah buku, inlay CD ini mengumpulkan fail-fail kesihatan lama, kolaj foto hitam putih selain lirik-lirik tulisan tangan atau yang ditaip dengan mesin taip Eddie Vedder. Inilah titik permulaan saya mengenali nama-nama seperti Coby Schultz, Barry Ament, George Estrada dan Mark Atherton yang menjadi tulang belakang disebalik seni packaging unik ini yang mengubah gaya seni packaging selepas itu. Kesenian bersaiz compact ini mereka teruskan kepada CD-CD Pearl Jam yang seterusnya seperti No Code, Yield, Live On Two Legs, Binaural dan Riot Act.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/ames-04.jpg?w=490

Setahun selepas Vitalogy, 4 individu ini sepakat untuk menubuhkan Ames Bros sebagai satu pasukan artistik yang memfokuskan kepada kerja-kerja seni visual untuk pakej muzik. Mereka boleh dikatakan sebagai pasukan seni khas untuk Pearl Jam kerana hampir kesemua kerja seni mereka dihasilkan untuk Pearl Jam. Ames Bros dikepalai oleh Barry Ament dan Coby Schultz, kedua-duanya dari Montana. Barry Ament ialah adik kepada pemain bass Pearl Jam, Jeff Ament. Jeff Ament juga terlibat di dalam Ames Bros secara tidak langsung dengan menyediakan foto-foto potret hitam putih yang anda dapat lihat di dalam inlay CD-CD Pearl Jam. Untuk CD No?Code, mereka mengumpulkan lebih dari 156 foto-foto Polaroid yang sebahagiannya menghiasi cover No Code. Rahsia kepada foto-foto ini ialah apabila kesemuanya disusun, ia membentuk logo No Code yang berbentuk segitiga.
http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/ames-05.jpg?w=490 Selain pakej cover dan inlay CD, mereka juga menghasilkan rekaan poster konsert, newsletter untuk kelab peminat Pearl Jam – Ten Club termasuk merchandise, snowboard, rekaan logo dan identiti syarikat.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/ames-03.jpg?w=490
Rekaan poster konsert silkscreen Ames Bros pula menjadi salah satu daripada item-item yang dicari peminat dan pengumpul poster konsert rock seluruh dunia.  Rekaan poster mereka dipengaruhi gaya poster klasik Amerika, pop art dengan elemen-elemen sains fiksyen seperti  angkasawan, UFO dan Godzilla. Mereka menerajui pergerakan pereka-pereka poster generasi baru menyambung legasi pereka-pereka poster yang lama seperti Frank Kozik dan Jason Austin. Rekaan Ames Bros juga menghiasi poster dan t-shirt untuk artis dan band seperti Phish, Neil Young, Radiohead, Coldplay, Sting, The Strokes, The Hives, John Mayer, Snoop Dog, Foo Fighters, Massive Attack dan pelbagai band independent.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/ames-02.jpg?w=490
Keunikan Ames Bros termeterai apabila mereka memenangi pelbagai anugerah seni visual termasuk pencalonan Grammy untuk packaging CD Vitalogy dan Yield.
Terbaru mereka mengembangkan seni mereka ke dalam bentuk rekaan t-shirt sebagai satu brand dengan melancarkan Ames Bros Gear. Ia dilihat sebagai alternatif kepada penggemar-penggemar t-shirt selain brand-brand t-shirt lain  di pasaran seperti Obey Giant, Fuct dan Bathing Ape.
Susunan : Nazri Ahmadeus

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/dominic-01.jpg?w=490

Kata Dominic Hailstone, pengarah video muzik kelahiran British paparan MVROTTW kali ini, kerja terbaik yang pernah dilakukannya ialah ‘membikin seekor buaya yang menelan Tom Cruise di dalam filem “Interview With A Vampire”‘ dan ia sering dicanangkan kepada mereka-mereka yang ingin melihat hasil kerjanya.
Sebenarnya hasil kerja Dominic yang lain juga agak impresif. Pernah berkerja dalam produksi video muzik sepanjang zaman “Come To Daddy” bersama pengarah Chris Cunningham dan sebagai concept modeller untuk filem “Harry Potter and the Sorcerer’s Stone”, pengalaman ini sedikit sebanyak membuka jalan kepada Dominic dalam meletakkan dirinya sebagai pengarah generasi baru.

Jika tidak kerana tugasan Mogwai di Kuala Lumpur tempoh hari, sudah pasti saya tidak perasan nama Dominic dan kerja-kerja video muziknya yang menarik. Saya mulakan dengan video muzik Mogwai, “Batcat” yang sekali pandang seperti kisah Red Riding Hood tetapi ditambah dengan elemen ‘horror’. Anda perlu tonton video ini dan lihat pada penghujungnya kerana itulah trademark Dominic.
Satu lagi video muzik yang menarik perhatian saya ialah video muzik Dominic untuk band Isis, “Holy Tears” iaitu gambaran seseorang yang jatuh terjunam dari sebuah bangunan yang tinggi. Penonton boleh memberi interpretasi mudah bahawa ini ialah video tentang bunuh diri dan impaknya yang menggerunkan yang dihasilkan dengan penuh ketelitian. Satu perkara yang anda perlu tahu, Dominic gemar menggunakan solekan prostetik dan sut getah. Atmosfera gelapnya juga boleh dibandingkan hasil kerja Chet Zar yang merupakan pereka kesan khas untuk kebanyakan video muzik band Tool.
Untuk “Holy Tears”, saya ambil masa selama 6 bulan dengan belanja sebanyak £5000. Tiada proses komputer grafik di dalam video muzik ini sebab saya tak suka guna teknik CG. Saya guna komputer hanya untuk proses suntingan, ” cerita Dominic tentang video muzik “Holy Tears”. “Aaron Turner (vokalis dan gitaris Isis) menghubungi saya melalui seorang rakan untuk menghasilkan video dengan ideanya berdasarkan pada nota yang dia tulis sebagai konsep album “In the Absence of Truth”. Warp Films membantu dari segi peralatan kamera dan kerja produksi tetapi 99% proses penghasilan video ini dihasilkan saya di bilik tidur. Rakan saya Douglas Pledger bertindak selaku pelakon dalam video muzik ini, jadi satu hari suntuk jugalah dia tergantung untuk mendapatkan kesan jatuhan yang sebenar. Video muzik ini bersifat autobiografi bagi saya sebab lengan dan rahang saya patah semata-mata kerana video muzik ini. Video muzik ini agak ganas sikit jadi saya beri amaran awal-awal….
Selain video muzik, Dominic juga pernah menghasilkan beberapa video pendek yang menarik perhatian umum, 2 di antaranya ialah “92″ dan “The Eel”. Kita ikuti temubual eksklusif bersama Dominic tentang kerja-kerja videonya yang lain serta penglibatannya dalam dunia pengarahan.

Sesi temubual bersama Dominic….

Nazri : Mula-mula saya melihat video “92″ saya dapat rasa ‘feel’nya ketika menonton video muzik Tool. Anda dan Chet Zar pernah berkerjasama sebelum ini?
Belum pernah, tapi dia rakan baik saya. Saya perasan hasil kerja Chet pada masa yang sama dia melihat hasil kerja saya, dan mula dari itu kami menghargai kerja sesama kami. Dialah yang memperkenalkan saya pada Brian Williams yang menghasilkan muzik untuk video 92. Kami menyedari yang gaya kami saling berkaitan kerana kami meneroka emosi yang sama. Ada beberapa bahagian di dalam video “The Eel” dan “Holy Tears” yang mengingatkan saya pada Chet tapi saya tak nampak ia ketara di dalam video “92″ kecualilah jika anda merasakan yang video ini agak ganjil.
Dominic : Visual ?2?adalah berdasarkan fotograf perubatan lama dan ia juga kerja lama saya yang saya hasilkan untuk Alex Chandon iaitu video “Cradle of Fear” tetapi telah diperhalusi. Ia dihasilkan untuk pameran aliran surealisme di London’s Hayward Gallery jadi saya banyak menghabiskan masa untuk mengulangkaji kerja seni surrealist era 1920′an. Saya rasa kerja seni Chet sangat mengagumkan, saya juga suka menghasilkan catan sama seperti Chet.

Nazri : Boleh anda cerita bagaimana anda bermula berkerja dengan rekaan kesan khas sehingga berjaya mencapai status sebagai pengarah?
Dominic : Saya mula ketika berumur 8 tahun lagi. Masa tu saya minat sangat dengan kesan khas pada filem dan pada usia 10 tahun saya dah pasang cita-cita untuk menjadi pengarah selepas banyak terpengaruh dengan Steven Spielberg dan Alan Clarke. Saya ingat lagi saya selalu tetapkan jam pada waktu tengah malam supaya dapat curi-curi tonton “Scum” di kaca tv. Ibubapa saya takkan benarkan saya tonton tv lewat malam kerana saya masih budak lagi. Saya dapat tonton pun bila dah lepas setengah cerita sebab ayah saya masih berjaga. Sejak itu saya makin obses dengan Alan Clarke. Yang peliknya, ayah saya pun peminat Alan Clarke tapi dia tak tahu pun! Dia pernah bercerita tentang tiga filem yang dia tonton di televisyen dan ketiga-tiganya diarahkan oleh Alan Clarke , itu pun selepas saya beritahu dia. Tapi nampak di situ yang selera kita ini bersifat peribadi dan ia telah mempengaruhi kita sejak kecil lagi disebabkan faktor-faktor tertentu. Ayah saya tak tahu yang ketiga-tiga filem yang dia tonton diarahkan oleh orang yang sama kerana ketiga-tiganya amat berbeza dari segi gaya.
Selepas itu saya mula menghasilkan filem dalam bentuk video, biasanya filem zombie atau replika Jaws yang dibuat dari kadbod besar. Saya pakaikan adik saya pakaian yang buat dia kelihatan seperti Medusa dari “Clash of the Titans” Saya balutkan beg sampah warna hijau, sangkutkan getah paip di rambutnya sampai dia naik menyampah dengan saya.
Filem pertama dalam erti kata filem sebenar yang saya hasilkan ialah “Deadenhead” iaitu arahan bersama Barnaby Clay ketika saya berusia 17 tahun dan dirakam dengan kamera Super 8. Saya bercadang untuk baik pulih rakaman ini dan riliskan ia di laman web.

Nazri : Ceritakan pengalaman anda berkerja dengan pengarah tersohor seperti Chris Cunningham.
Dominic : Saya mula-mula berkerja dengan Chris untuk video muzik “Come To Daddy”. Majoriti kerja-kerja catan dan penghasilan bulu-bulu dan rambut adalah kerja saya, Saya juga ada melakukan sedikit kerja di set. Kemudian saya berkerja dengan Chris sekali lagi untuk video “Come On Your Selector” tapi hanya ada masa 4 hari untuk kerja ini. Saya ingat lagi saya ingin buat suntingan dan Chris cakap pada saya “Kau akan bencikan aku” sebab dia nak potong semua kerja saya. Tapi saya rasa legalah juga sebab kerja saya tu macam sampah.

Nazri : Saya melihat “Crooked Hill” sebagai kerja video muzik pertama anda sebagai seorang pengarah tetapi ia agak berbeza dengan gaya video muzik anda yang lain dengan rekaannya seperti permainan video 8-bit.
Dominic : “Crooked Hill” sebenarnya bukan video muzik pertama arahan saya. Video muzik “Cherrywood Eyes” untuk Lorien, itu yang pertama.

Nazri : Oh, ye ke? Saya juga belum pernah dengar muzik dari Sonic Torpedoes sehinggalah diperkenalkan anda dengan video muzik ini. Bagaimana ilham untuk video muzik ini datang?
Dominic : Asalnya Sonic Torpedoes mahukan sebuah video muzik yang nampak macam permainan video Silent Hill. Saya beritahu mereka yang ia agak mustahil memandangkan belanja kami hanya sekitar £2000 sahaja. Saya tak rasa yang mereka ni suka mendengarnya atau faham tentang prosesnya yang memerlukan banyak kos. Oleh sebab saya ni sukakan permainan video yang “old school” macam Robotron dan Defender jadi saya mengambil keputusan untuk mempelajari program Adobe After Effects dan menghasilkan video dengan gaya tersebut dan mereka bersetuju. Walaupun ia tak seperti yang saya harapkan secara keseluruhan, tapi saya amat berbangga dengan hasilnya kerana ianya adalah kerja saya yang pertama di mana saya mengawal seluruh produksi. Produser kami, Matt Russel bertindak dengan cemerlang, semua orang dapat bayaran dan semuanya selesai dalam masa hanya dua minggu setengah. Itu amat cepat, termasuk dengan proses pembelajaran perkakasannya sekali. Yang paling penting ialah semua orang dibayar, itu sesuatu yang jarang berlaku sekarang.

Nazri : Video muzik anda untuk Mogwai lebih tradisional dari segi bentuk jalan cerita dan pelakon-pelakonnya. Makhluk getah anda hanya muncul pada minit-minit terakhir. Bagaimana rekaan makhluk ini terhasil? Ada anggota-anggota dari kumpulan Mogwai terlibat dalam video muzik ini?
Dominic : Makhluk ini terhasil berdasarkan pada gambar kelawar dan kucing yang tak berbulu. Saya sebenarnya tidak berbincang dengan anggota-anggota Mogwai sepanjang proses produksi. Itu kesilapan besar saya yang saya harap tak akan diulangi.

Nazri : Apa projek terbaru anda?
Dominic : Saya baru saja selesai menghasilkan skrip filem berjudul “Say You Love Satan” dan sedang menghasilkan kulit album untuk Necro Death Mort. Lepas tu saya akan buat iklan untuk Crossfire.com. Lepas tu,….. anda kena tunggu dan lihat. Jadual saya dah cukup penuh.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/dominic-02.jpg?w=490

1 – MTV Isis – “Holy Tears”, 2 – MTV Sonic Torpedoes “Crooked Hill” , 3 – The Eel, 4 – Dominic Hailstone

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-01.jpg?w=490

Antara seni cover yang TAK NAMPAK di rak jualan CD sehinggalah anda membelinya ialah cover untuk Tool – ‘Lateralus’. Ini kerana hasil kerja seni Alex Grey untuk cover ini terlindung di sebalik lapisan-lapisan, … yang tak terkira banyak lapisnya.
Alex Grey bukanlah orang baru di dalam bidang seni visual, dan cover Tool – ‘Lateralus’ juga bukanlah kerja seni pertamanya untuk sebuah cover CD.
Ketika bahas mp3 dan Napster yang agak bising satu ketika dahulu yang menyebabkan pengkoperatan Napster, kes saman-menyaman Metallica, dan yang paling menyedihkan, anda terpaksa membayar untuk memuat turun mp3, ia menimbulkan persoalan. Adakah pendengar muzik masih mahu membeli CD ketika format muzik menjadi lebih mudah dengan adanya mp3?  Tetapi kalau CD itu dijual, sudah tentu ianya dihasilkan khas untuk konsumer. Jika tidak, anda tidak akan mendapat pengalaman mengahayati muzik dan juga visual unik seperti konsep seni cover Tool – ‘Lateralus’, kerana tujuan CD?ini juga ialah kerana hasil kerja seni Alex Grey.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-02.jpg?w=490

Untuk cover CD ini, Adam Jones, pemain gitar Tool yang juga pengarah seni untuk visual Tool telah bertemu Alex Grey, seorang ilustrator semasa pameran seni Alex. Adam yang berminat dengan hasil kerja Alex meminta Alex menghasilkan ilustrasi berdasarkan konsep anatomi yang berlapis-lapis. Alex yang mempunyai gaya psychedelic dan spiritual art (juga dikenali kerana gabungan seni kotemporari dan seni ‘sacred’ seperti simbol Buddha dan Hindu), telah membuat beberapa lakaran yang akhirnya membentuk rekaan ‘sawblade’ dan ‘vajra’ yang melatari ilustrasi anatomi badan.
Hasilnya ialah sebuah konsep cover CD unik, satu pandangan x-ray secara spiritual pada anatomi tubuh manusia, mempunyai pergerakan sendiri dan membuatkan anda ingin terus membelek setiap helaian booklet.

Kerja seni untuk Lateralus ini juga digunakan sebagai projektor untuk persembahan live TOOL dan juga klip video ‘Parabol/Parabola’.
Jika anda merasakan ini kali pertama anda melihat kerja seni Alex Grey, sila lihat balik pada tahun 1993 dan juga band yang bernama Nirvana. Ilustrasi cover untuk album Nirvana – ‘In Utero’ (yang dipanggil ‘Muscle System’) adalah hasil kerja Alex. Komen Alex : “I was psyched! Masa tu label memberitahu Kurt Cobain minta saya buatkan artwork untuk album Nirvana sebab Kurt Cobain sangat meminati hasil kerja saya. Yang membezakan antara Tool dan Nirvana  ialah saya kenal rapat dengan ahli-ahli kumpulan Tool. Tidak seperti Nirvana. Mereka sudah jadi superstar ketika itu dan pengalaman menghasilkan artwork untuk Nirvana juga berbeza sebab saya terus hantar hasil kerja saya. Tiada perbincangan dengan ahli-ahli Nirvana.”
Alex Grey dilahirkan pada 29 November 1953 di Columbus, Ohio dan mula berkarya sejak dari kecil. Pengaruh seninya diambil daripada pengalamannya berkerja di jabatan anatomi, Harvard Medical School, mengkaji tubuh badan dan menyediakan mayat untuk dibedah. Beliau juga berkerja di jabatan Mind/Body Medicine mengetuai eksperimen untuk mengkaji tenaga pemulihan yang tidak ketara. Latihan anatomikal ini memberikan beliau persediaan untuk menghasilkan catan-catan Sacred Mirrors dan juga lukisan perubatan. Selepas bertahun-tahun belajar dan mengahsilkan karya seni, beliau sekarang mengajar dalam bidang Visionary Art bersama isterinya, Allyson Grey di The Open Center, New York City, Naropa Institute di Boulder, Colorado dan Omega Institute di Rhinebeck, New York. Beliau sekarang tinggal di New York City bersama isterinya yang juga seorang painter dan anak perempuannya, Zena Grey seorang aktres. Di dalam dunia seni visual, Alex Grey sangat di kenali kerana kerja seninya bertajuk “Sacred Mirrors”, yang kini sudahpun dipamerkan dalam muzium yang khas, dipanggil ‘Chapel of Sacred Mirrors’. Selain cover CD, karya seni Alex juga pernah disiarkan di dalam majalah Newsweek, rangkaian tv kabel Discovery Channel, flyer konsert rave dan helaian kertas pedap asid. Buku-buku yang menerbitkan karya-karya beliau ialah  Sacred Mirrors: The Visionary Art of Alex Grey, teks falsafah The Mission of Art, dan Transfigurations.
http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-03.jpg?w=490http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/alex-grey-04.jpg?w=490

Terbaru, beliau meneruskan kesinambungan seni keramatnya bersama Tool untuk pakej album terbaru Tool – ?0 000 Days?yang mula diedarkan diseluruh dunia sejak 2 Mei lepas.

Susunan : Nazri Ahmadeus


Majalah Revolver menamakan Baizley sebagai designer rock yang paling hot untuk tahun 2007. Mengambil pengaruh gaya art nouveau Alfons Mucha yang digabungkan dengan sifat anarki Pushit, John Baizley dilihat sebagai designer yang teliti untuk subjek yang kasar. Kulit album bandnya Baroness, menekankan aspek ‘flower power’ yang sudah lama tidak kelihatan sejak era glam rock dan psychedelic. Dia menjadi pilihan untuk lukisan poster dan juga album untuk band rock pelbagai subgenre, dari Darkest Hour hingga ke Pig Destroyer.

i rarely speak about my magazine work that i did every month , that almost killed my humanity. all the ignorance, scream and shout we heard from you as a reaction to this empathy compiled to this sweetest perfection. this is however our end result on what we did, keep a company with the only Jermaine Rogers (he’s a nice John on email, and we would die wanting his print).

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/jermaine-01.jpg?w=490

this issue reportedly sold out in few shops in Melawati after a few while we always recieved a leftover,…. many of ‘em. a literally thousand.

http://blitzenius.files.wordpress.com/2009/09/jermaine-02.jpg?w=490

Baiklah, saya ingin membuat pengakuan. Video muzik “Tonight, Tonight” oleh kumpulan The Smashing Pumpkins sekitar 1995/96 ialah introduksi pertama saya terhadap muzik mereka ketika semua orang ingin ber’alternatif’ (dalam terma muzik). Saya menghadapi kesukaran menerima muzik mereka yang satu ini kerana tidak terdedah dengan album-album mereka yang terdahulu seperti “Gish’ dan “Siamese Dream’ yang lebih mesra telinga buat pendengar muzik alternatif ketika itu … dan bukan mudah juga untuk terus melabur untuk album terbaik mereka ini, “Mellon Collie and Infinite Sadness” yang keluar dalam bentuk berkembar. That cost a lot of money…  Akan tetapi, pengalaman mendengar dan melihat The Smashing Pumpkins buat pertama kali melalui video “Tonight, Tonight’ juga ialah pengalaman terindah. Setelah sekian lama dihidangkan dengan jenis-jenis video muzik yang menggambarkan keberatan band bermuzik, visual-lirik yang marah, kekelaman dan rasa ketidak puasan hati, “Tonight, Tonight’ hadir dengan sesuatu yang berbeza. Revolusi industri, perjalanan ke bulan, band yang bermain muzik di atas awan. Ianya klasik. Dan anda perlu ingat juga, The Smashing Pumpkins banyak bermain dengan emosi dan drama dalam video-video muzik mereka yang lain. Teks : Nazri Ahmadeus


   Video “Tonight, Tonight” yang diarahkan oleh Jonathan Dayton dan Elizabeth Faris ini menampilkan pengembaraan 2 karektor utamanya, sepasang kekasih (lakonan Tom Kenny and Jill Talley. Kenny dikenali sebagai pelakon suara untuk watak Spongebob Squarepants…)  yang berbulan madu dengan menaiki kapal wap ke bulan ketika era revolusi industri. Diselitkan juga sedikit fantasi dan makhluk pelik (gambaran awal makhluk asing, mungkin).  Dayton menerangkan tentang inspirasi untuk video ini: “Kebanyakan pengarah mengambil majalah, untuk melihat foto-foto atau fesyen sebagai inspirasi. Ianya adalah sumber yang bagus tetapi di satu titik ini anda akan melihat mereka semua melakarkan sesuatu yang kelihatan sama sahaja antara mereka. Kami lebih suka melihat pada medium berbeza seperti pergi ke muzium, dengan hanya melihat karya seni halus atau menonton filem bisu.”

{filem bisu itu, juga hitam putih}

   Video muzik Tonight, Tonight ini pula adalah penghormatan mereka buat filem bisu George Melies, “A Trip To The Moon” yang juga berdasarkan pada karya penulis legenda Jules Verne, “Voyage dans la Lune”. Video ini telah memenangi 6 anugerah muzik video MTV pada tahun 1996 untuk Best Video, Best Direction, Best Special Effects, Best Art Direction, Best Cinematography, dan Breakthrough Video. Ia dianggap sebagai salah satu video terhebat sepanjang zaman.
   Lagu “Tonight, Tonight” ialah lagu yang wajib dimainkan di setiap konsert The Smashing Pumpkins ketika zaman kegemilangan mereka. Kumpulan Panic! At The Disco pernah membawakan “Tonight, Tonight” versi sendiri yang menimbulkan kemarahan peminat-peminat Pumpkins.

{ini pakcik sedara awak,… bukan, tapi Jules Verne dan dibawah ialah material asal Verne dalam bentuk ilustrasi}

Tentang Jonathan Dayton + Elizabeth Faris


Pasangan suami isteri ini membentuk pasukan MTV mereka di Venice. Sehingga sekarang mereka telah mengarah pelbagai video muzik yang telah dianggap oleh pengkritik sebagai “groundbreaking’. Antara trademark mereka ialah gabungan live action dan animasi. Paling dikenali ialah melalui video “Freak On A Leash’ mereka untuk Korn yang telah memenangi pelbagai anugerah video berprestij daripada MTV dan Grammy.
   Hasil kerja mereka juga dapat dilihat pada muzik video seperti Red Hot Chili Peppers – Californication, Travis – Side, dan Macy Gray – Sexual Revolution.
   Video muzik “Tonight, Tonight’ ini adalah salah satu daripada koleksi video muzik terhebat kumpulan The Smashing Pumpkins “1991-2000″ yang mengumpulkan video-video muzik mereka sebelum perpecahan mereka hampir 5 tahun dahulu.

nota kaki : Dayton + Faris juga berkata mereka suka memandu. Latihan harian ini mengelakkan mereka dari memuntahkan lava popular yang geli dalam seni muzik video.

nota + nota kaki : Selepas artikel ini ditulis, pasangan Dayton + Faris ini hit dengan filem debut mereka, “Little Miss Sunshine”.

Terdahulu saya menulis bagaimana faktor budget, dan lunturnya kreativiti atau director’s block yang menyebabkan banyak video muzik tempatan agak kaku dan sama isian visualnya. kali ini kita agak ke depan sikit dalam soal budget kerana , ini ialah video muzik yang pernah menjadi video muzik termahal Nine Inch Nails. sudah tentu kerana konsepnya. ini ialah satu bentuk error buat pengarah video muzik jika mereka punya dana yang terbatas. simpan dahulu idea anda di dalam buku catatan sehingga teknologi memungkinkan anda, dan peruntukan terhad bukan lagi jadi satu isu.

The Pefect Drug ialah video ke 12 Nine Inch Nails dan yang ke 2 arahan Mark Romanek untuk Nine Inch Nails, pada tahun 1997, selepas video “Closer” pada tahun 1995 yang menerima banyak anugerah-anugerah video berprestij. Ini ialah salah satu trek yang diambil dari soundtrek filem arahan David Lynch, “Lost highway”. Dalam video ini, Reznor digambarkan sebagai seorang ayah yang putus harapan dan bersedih atas kematian anak perempuannya di sebuah ladang dalam suasana yang gotik. Dari segi prop, ia banyak berlatarkan suasana Victorian sama ada dari pemilihan kostum hingga ke set latar belakangnya yang pelik. Warna biru yang agak gelap mendominasi video ini untuk suasana suramnya. Menurut Mark, video muzik ini sebenarnya berinspirasi dari sebuah animasi pendek terbitan PBS iaitu “Mystery!” yang mana animasi itu juga di hasilkan berdasarkan karya seni Edward Gorey. Mark Romanek punya minat yang mendalam terhadap karya Edward Gorey sehinggakan setiap shot dari animasi “Mystery!” diaplikasikan pada video muzik The Perfect Drug. Dan sememangnya untuk memberikan feel yang sama dengan karya seni Edward Gorey bukanlah satu kerja yang mudah buat Mark. Kerana itu belanja video muzik ini menjadi mahal. Melalui video ini juga, band Nine Inch Nails berubah dari segi stail pemakaian dan penampilan mereka, daripada standard sebuah band industrial yang biasa kepada fesyen Victorian yang menjadi ikutan peminat-peminat mereka dan juga band-band lain selepas itu.
   Edward Gorey (1925-2000) pula ialah seorang penulis dan pelukis legenda yang dikenali melalui buku berilustrasinya yang mana kebanyakannya bertemakan gelap dan menyeramkan. Walaupun pada asalnya karya Gorey tidak dihasilkan khas untuk golongan kanak-kanak, ia menjadi popular selepas hasil kerjanya digunakan untuk animasi “Mystery!” pada tahun 1979, ketika dia masih lagi berkarya di pentas Broadway untuk versi “Dracula”nya. Salah satu bukunya Gashlycrumb Tinies diterbitkan kembali bersama-sama produk sampingan seperti kemeja t, lunchbox, poster, kalendar dan beg tote. Walaupun karyanya berat kepada rekaan Victorian, hakikatnya Gorey sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Britain sepanjang hidupnya. Apa yang lebih menarik, rekaannya telah mempengaruhi banyak pengkarya antaranya pengarah filem Tim Burton, pelukis komik Tony Millionaire dengan komik Shock The Monkey, dan band Dresden Dolls.

Edward Gorey juga ialah penulis yang banyak bermain dengan anagram, iaitu mengubah susunan huruf pada namanya sendiri untuk dijadikan nama karekter pada bukunya. Paling dikenali ialah karekter “Ogdred Weary” di dalam bukunya “The Curious Sofa, The Beastly Baby “.

Saya tak nak mulakan introduksi saya dengan biografi artis ini. macam how he start, asal dia,… atau tahun lahirnya. Satu saja yang saya ingin sebut, dia british, seperti juga Vaughan Oliver,… dan Nick Knight, oh, Russell Mills. Neville Brody . Dave McKean.

bloody American, they never did a thing! ok, Paul R Brown did. but late. David Carson? haha, he did far more. but live on his own.

Tapi yang saya pasti, anda pernah sekali atau sudah biasa melihat hasil kerja Peter Saville ketika berjalan di record store, atau melihat koleksi CD rakan anda yang punya minat tinggi pada genre British rock. ataupun, punya telinga yang bukan biasa dengan airplay radio aliran perdana.

hasil kerja Peter Saville yang paling baru ialah satu identiti yang besar. iaitu mencorak kembali logo EMI daripada bentuk lamanya. tahu apa yang saya nampak ketika melihat logo baru itu? logo Roadrunner Records, yang juga diperbaharui 6 tahun dahulu, yang mana logo lama Roadrunner tak ubah frame-nya seperi logo EMI. atau mungkin mereka hanya ingin mimik gerakan EMI, dengan bentuk yang lebih keras, pada muziknya.

Lihat cover CD Suede dan Pulp, dan New Order. Itu hasil kerja Peter Saville. ceria warnanya. tujuannya, untuk menentang hukum2 rigid rekaan cover CD semasa.

Peter Saville sebenarnya sudah lama menentang hukum2 rekaan cover album ini. mari kita lihat sejarah Peter Saville dengan cover album dibawah:

http://alejandroidex.files.wordpress.com/2008/04/joy_division_unknown_orig_size.jpg?w=490

tanpa banyak kredit pada rekaan album ini, seperti tajuk album dan nama band, ini ialah album debut Joy Division  – “Unknown Pleasure” yang merupakan landmark album untuk band ini, di mana muzik punk pertama kali ditonjolkan dengan mood yang bleak, gelap berbanding album2 punk yang lain ketika era itu. inilah album penting sebelum  wujudnya terma gotik yang diberikan kepada Joy Division dan band2 sealiran.

imej Unknown Pleasure terhasil berdasarkan graf 100 denyutan berterusan pulsar CP 1919 (rujuk url: http://www.jb.man.ac.uk/~pulsar/Education/Tutorial/tut/node3.html)

diangkat sebagai konsep cover album minimalis yang klasik. imej ini ditemui oleh pemain gitar/keyboard Joy Division, Bernard Summer di dalam sebuah buku astronomi yang merujuk kepada ‘kelipan terakhir bintang mati’.

saya percaya imej cover diatas akan menarik banyak perhatian budak2 sekarang yang tengah cari design t-shirt band2 yang cult namanya dan menjadi collectors item.

yang terbaru, saya lihat cover Nine Inch Nails – “With Teeth” hasil kerja Rob Sheridan (budak ni merata2 aku tengok kat Myspace) punya pengaruh dari cover Unknown Pleasure selepas dia puas ‘ape-around’ hasil kerja David Carson. did trent reznor ever told you a  lesson, Rob?

rekaan untuk alkbum terakhir Joy Division, yang dihasilkan selepas kematian frontman-nya, Ian Curtis dianggap kontroversi. itu saya tak nak cerita.

sejak dari cover album  Unknown Pleasure, Peter Saville menjadi nama penting dalam dunia seni reka dan seni visual british amnya. rekaannya bukan hanya tertumpu pada dunia muzik, tetapi juga pada seni fesyen, dan juga syarikat2 dengan nama2 besar, seprti CNN, Adidas, dan Adobe.

nama Peter Saville sebenarnya sinonim dengan label Factory Records, yang mana label muzik ini ditubuhkannya bersama2 dengan Tony Wilson, Rob Gretton dan Alan Erasmus yang menerbitkan artis rakaman seperti Joy Division, New Order, The Durutti Column, Happy Mondays, James dan Orchestral Manoeuvres in the Dark. Cara kerja mereka iaitu satu pasukan kreatif untuk rekaan cover artis2 dalam label punya persamaan dengan label 4D yang juga mempunyai in-house designer “23 envelope” yang dikepalai Vaughan Oliver untuk artis2 rakaman dibawah label 4D. Malcolm Garrett yang mereka cover untuk The Buzzcocks ialah pengaruh utama bagi Peter Saville ketika mula menghasilkan seni cover.

nama Peter Saville sekarang sebesar bandar Manchester. ya, pada tahun 2004 dia telah diberika tugas sebagai pengarah seni untuk bandar Manchester, sesuatu yang besar untuk seseorang yang hanya bermula dengan cover album sebuah band post-punk.

nota kaki: ini ibarat nota bunuh diri saya, kerana saya cuba mempopularkan ( atau lebih jujur , berkongsi) perkara ini. ia ibarat membiarkan hajat saya ke atas t-shirt J Division menjadi mahal, … . angka di eBay bakal melambung.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.