Filem: ME BEFORE YOU (edaran Warner Bros)

1. Kalau filem ini diterjemah ke karya tempatan, mesti dah jadi drama gandingan Ayda Jebat dan Keith Foo, kerana watak Louisa Clark, dari golongan working class yang tampak ceria dengan fesyennya yang eyecandy tapi struggle dalam mencari pekerjaan selepas diberhentikan kerja di sebuah kafe. Susahnya dia nak meneruskan kelangsungan hidup, mengenepikan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen satu waktu dulu, sehinggalah dia diterima sebagai pembantu di rumah keluarga orang berada Traynor, menjaga anak bujang keluarga itu, Will Traynor yang lumpuh hampir seluruh tubuh badan selepas berlaku kemalangan di awal filem. Dan Will digambarkan selalu moody. Kerana ditinggalkan kekasih (yang paling utama sekali) selepas keadaannya begitu.

2. You see, macam manalah aku tak terbayang Ayda Jebat dalam drama berangkai M.A.I.D, juga sebagai pembantu rumah untuk orang kaya. Kerana kualiti kedua-dua Emilia Clarke dan Ayda Jebat yang hampir sama taranya.

3. Cuma bezanya di sini, drama tempatan dalam genre serupa mungkin akan dapat bad rep (selain execution, skrip dan lakonan) kerana yang mengkritik tak minat pun cerita tersebut seolah-olah macam tak ada cerita lain yang dia boleh tengok di TV, walhal ada. Berbeza dengan Me Before You. Kau tak suka filem ni? Ok, tak payah tengok. Kau tak perlu kritik apa yang bukan preference kau. Save duit kau. Kau tengoklah Money Monster atau Ninja Turtles yang kau lebih prefer. Dan kau kritiklah. X-Men pun tengah tayang lagi.

4. Saya maafkan Emilia Clarke selepas kegagalan Terminator Genysis. Sebab setiap adegan lakonannya dalam filem ini menghiburkan. Dia memang pelakon yang berbakat. Man, I can feel her…

5. Saya perasan Sam Claflin dalam saga Hunger Games. Tapi saya lebih senang kaitkan dia sebagai Alex Stewart dalam filem Love, Rosie kerana ia juga filem romantik adaptasi novel seperti juga Me Before You. Dan saya risau juga sebab dia macam dibentuk ala GQ, ada kualiti ‘kau ingat kau hensem sangat, semua filem kau awek yang hotstuff je kau kepit’. Nasib baik dia dilumpuhkan sejak awal filem lagi. Terserlah sedikit aspek lakonannya. Sikitlah…

6. Saya letakkan filem ini dalam kategori ‘sick love story’ in the same vein of The Fault In Our Stars. Dan awalnya saya menyukai juga filem Me Before You melebihi TFIOS. Cuma saya ada satu masalah dengan watak Will yang mewakili orang kurang upaya: dia helpless, hopeless, suicidal. Dan ia berjangkit pada watak-watak lain seperti mak ayahnya yang juga hopeless pada keadaan Will. Dalam erti kata, we can’t take it anymore, we can’t live this way anymore, we can live…. That kind of negativity, ya, saya ada masalah. Namun jika anda mengikuti keseluruhan filem, tindakan Will perlahan-perlahan mungkin dapat difahami. Kena duduk di tempat Will yang sememangnya sakit, menderita dan amat lemah. Kita kurang merasa sakit kerana kehadiran Louisa. Will merasakan Louisa punya tempat yang lebih baik dan kerana cintanya, dia melepaskan Louisa… ke tempat yang lebih baik. Me Before You pada saya, is a perfect example of the art of letting go in the name of love.

Mujurlah ada Khaleesi.

7.5/10

image

Plot: Filem yang diangkat dari novel “Me Before You” nukilan Jojo Moyes ini mengisahkan tentang seorang gadis di sebuah perkampungan kecil yang menjalin hubungan tanpa disedari dengan seorang lelaki lumpuh yang dijaga olehnya.

Klasifikasi: P13
Tarikh Mula Tayangan: 2 Jun 2016
Genre: Drama / Romantik / Komedi
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Emilia Clarke, Sam Claflin, Jenna Coleman, Charles Dance, Matthew Lewis
Pengarah: Thea Sharrock

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s