Teater Muzikal Mencari Sumaiyah di Istana Budaya

Pengarah: Dira Abu Zahar
Pengarah Kreatif: Dato’ Hans Isaac
Penerbit: Hyper Pictures Sdn. Bhd. dan Tall Order Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Pelakon: Erra Fazira, Afdlin Shauki, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Aisya Hasnaa, Ruzana Ibrahim, Nasz Sally

Selamat datang ke tahun 1999 di Kampung Rukun! Penduduk-penduduk Kampung Rukun amat bersyukur dengan semua sumber semulajadi dan segala yang tersedia untuk mereka di kampung itu.

Penduduknya semua dikenali kerana berpakaian cantik dan segak, tak kira apapun pekerjaan mereka; penjual kuih, nelayan, penoreh getah, suri rumah, kesemuanya berpakaian cantik. Terima kasih kepada empat orang tukang jahit dan pereka fesyen tetap Kampung Rukun iaitu Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi.

Pada satu hari, kedai jahit Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi didatangi seorang pelanggan dari Kuala Lumpur. Pelanggan tersebut menyaksikan bakat mereka yang begitu sofistikated tetapi hairan dengan kesederhanaan kedai mereka. Pelanggan tersebut mencadangkan agar mereka memohon geran untuk peniaga kecil di Kuala Lumpur bagi melebarkan lagi sayap mereka.

Dari sinilah mereka bermula untuk melangkah keluar dari zon selesa di kampung dan berhijrah ke kesibukan kota Kuala Lumpur.

Dalam mereka mengejar impian, nilai persahabatan mereka akan menemui pelbagai ujian. Dapatkah mereka mengharunginya atau adakah mereka akanberputus-asa? Persahabatan, perpaduan dan kegigihan adalah antara nilai-nilai yang akan dipaparkan di dalam teater muzikal ini.

Ikuti suka-duka perjalanan empat sahabat ini dalamMencari Sumaiyah.

Teater Mencari Sumaiyah akan mula dipentaskan dari 8 hingga 14 Ogos ini. Tiket-tiket berharga RM40, RM60, RM80, RM100, RM130 dan RM150 boleh didapati menerusi laman sesawang http://redtix.airasia.com/events/Mencari_Sumaiyah/ atau anda boleh hubungi talian 03-40265558 untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s