FILEM: Kalam Kalam Langit

Dalam kesibukan acara malam kemuncak #FFM28, kami sempat ke MATTA Fair di PWTC pagi tadi semasa tandatangan MoU antara biro perjalanan wisata Indonesia (ASITA) dan MATTA dari Malaysia. Booth Indonesia yang terletak di Hall 3 (ASEAN Hall) bukan sekadar menampilkan seni budaya dari team Wonderful Indonesia tetapi turut membawa filemnya sekali iaitu Kalam Kalam Langit arahan Tarmizi Abka yang dirasakan berpotensi menjadi instrumen promosi Wonderful Indonesia kerana latar lokasi Lombok pada filem ini dianggap sudah dikenal baik oleh masyarakat di Malaysia.

Kalam Kalam Langit, sebuah filem bertema Islamik dari skrip tulisan Faozan Rizal. Dua pelakon utamanya, Dimas Seto dan Elyzia Mulachela akan menemui para peminat di Booth Indonesia MATTA Fair hari ini. Penyanyi lagu runut bunyi filemnya, Cut Nyak Niken Astri Febrianti juga akan membuat persembahan.

Filem Kalam Kalam Langit bakal diedarkan di pawagam Malaysia mulai 15 September 2016 edaran Utopia Motion Picture Sdn Bhd.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s