Pembangunan Melaka Gateway Tingkatkan Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 1 Sept — KAJ Development Sdn Bhd, pemaju utama Melaka Gateway, menjangka projek itu akan menarik kira-kira 2.5 juta pengunjung setahun dan mewujudkan antara 40,000 dan 45,000 peluang pekerjaan selepas siap pada 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Michelle Ong berkata syarikat itu dan Powerchina International Group Ltd dari China akan membangunkan tiga pulau di Melaka Gateway dengan pelaburan sebanyak RM30 bilion.

“Majlis pemeteraian hari ini adalah komitmen kami untuk membawa pelaburan langsung asing ke Malaysia dan pada masa sama, menarik pengetahuan teknikal dan kepakaran dari China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KAJ Development dan Powerchina International hari ini menandatangani memorandum persefahaman bagi projek itu.

Powerchina International telah menggerakkan pasukan teknikalnya untuk mengkaji data teknikal semasa dan melakukan kajian daya maju awal, selain rundingan dan kerja-kerja reka bentuk di Melaka Gateway.

Sumber: BERNAMA
Foto: Megat Firuz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s