Ulasan filem: THE CONJURING 2

Bila James Wan meminimakan kes Amityville (lanjutan dari filem pertama bila pasangan Warren di akhir filem pertama menyebut tentang siasatan mereka yang seterusnya ialah di Long Island yang merujuk kepada The Amityville Horror yang berlaku pada 13 November 1974), ia mungkin nampak seperti langkah tepat sebab ia boleh jadi paparan seram yang generik tentang pembunuhan kejam yang disulami unsur mistik (telahpun digunakan pada filem spin-off The Conjuring, Annabelle yang seharusnya jadi dokumen seram dari kisah sebenar tetapi terlebih exaggerated sampai ia jadi kisah rekaan yang gagal dari sudut seram).

Tapi pengenalan kes Amityville di awal filem penting juga sebab ia membezakannya dengan cara biasa James Wan (sebab kita dah tau schtick James Wan bila nak sampaikan seram: loud door knock, loud-slow-louder-louder music, dark corner…). Amityville disampaikan dengan crime scene ala Charles Manson (sebab tu di permulaan ada forum di TV tentang pengalaman supernatural Warren yang dipertikai tapi Lorraine sebenarnya melihat kedua-duanya: mass shooting dan pengalaman mistik yang mempengruhi pembunuhan ini.

Tiada yang lebih gruesome bila anda masuk ke dalam jiwa seseorang yang sedang memegang senapang melakukan jenayah kejam menembak mangsanya satu persatu tak kira usia. Itu lebih ngeri berbanding pengalaman ‘out of body’ Lorraine sebelum ini berdepan dengan hantu-hantu dan roh jahat (James Wan kembali kepada schtick ‘out of body experience’ Insidious di awal filem ini, lengkap dengan budak misteri yang berlari-lari).

Hantu main sembunyi tepuk tangan pada filem pertama mungkin sukar untuk diatasi pengalamannya tapi kes Enfield Poltergeist yang berlaku di England sekitar 1977 hingga 1979 sekurang-kurangnya memberi feel yang berbeza berbanding American pada filem pertama. Tiada yang lebih British bila satu keluarga di sebuah pekan diganggu entiti hingga buat mereka terpaksa beralih ke rumah saudara mereka yang cuma tinggal di seberang jalan. Tiada yang lebih British bila polis Britain turut diganggu entiti ketika melakukan siasatan sehinggakan mereka tiada daya melainkan kes keluarga Hodgson diminta dirujuk pada pihak gereja. Tiada yang lebih British tentang biskut dan London Calling oleh The Clash.

Tiba-tiba saya jadi rindu pula dengan gerak kamera John R. Leonetti yang duduk di kerusi pengarah kembali sejak filem Annabelle sebab Enfield Poltergeist terlalu canggih pula untuk era seram 70’an.

Rating: 7/10

THE CONJURING 2 ialah filem seram arahan James Wan, lakonan Patrick Wilson dan Vera Farmiga, mulai tayangan sejak 9 Jun 2016, edaran WARNER BROS. PICTURES.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s