Explosions in the Angel Grove, a very deeply post rock rooted Power Rangers movie : sebuah ulasan

First, it felt like a two TV pilot episodes joint together. Mereka dah boleh jadi Power Rangers at the end of the first half tapi mengenangkan Lionsgate ni punya bajet bukanlah besar macam big studio macam Disney, Warner, Fox, atau Universal, maka itulah yang kita dapat. Bila dapat untung dari filem pertama ni barulah bolleh rolling untuk bajet dan aksi yang lebih banyak untuk filem yang seterusnya barangkali.

But it also does felt like X-Men First Class. A very young X Men at its formation dan mereka jadi X Men pun dekat-dekat hujung movie, but still, sebab aku minat Matthew Vaughn, you can feel the weight at the very last scene of First Class. Power Rangers not so much. It wasn’t that good. But it wasn’t that bad either.

Cara Dean Israelite menggarap naskhah ini membuatkan ia jadi filem Power Rangers versi post rock. Memang awalnya ia mengambil sisi John Hughes, Breakfast Club yang paling jelas melalui pertemuan Jason, Billy dan Kimberly di kelas tahanan tetapi tonanya seperti Peter Berg. Jason Scott sebagai football star punya scene memang echo sebijik style Friday Night Lights yang mana Explosions in the Sky membikin muziknya. Aku ingatkan aku saja-saja je feel begitu, tapi memang betul pun ada nama Explosions in the Sky pada kredit soundtrack.

Muzik akan reflect suasana. Dulu, filem tak ada mood score post rock sangat sebab filem terbiasa dengan susunan string ensemble atau orchestra. Kalau baca hal Explosions in the Sky (EITS) ni, mereka macam bikin skor filem yg tak wujud tapi dengan instrumenrasi sebuah band: gitar, bass, dram. Filem Friday Night Lights arahan Peter Berg (Patriots Day, Lone Survivor, Deepwater Horizon) pada aku penting dalam memperkenal khalayak pada muzil EITS dan gaya muzik sebegitu dalam filem-filem lain lepas tu. Yang hampir dekat dgn EITS pada aku ialah John Murphy yang bikin muzik untuk filem Danny Boyle, 28 Days Later, tapi dari segi motif aje, instrument masih lagi orkestra.

Cameron Crowe pernah pakai lagu Sigur Ros untuk filem Vanilla Sky, tapi sekadar nak penuhkan album soundtrack yang pelbagai aliran muziknya dan tak utilize sangat ‘post rock’ untuk membentuk moment. So, Friday Night Lights is still the thing for me. Tengok aje lah filem Friday Night Lights tu dengan Power Rangers back to back.

Power Rangers berasal dari premis yang silly. Yang asalnya penuh dengan line cheesy dan bad acting tapi menjual aksi dan kostum warna-warni. Dan filem ini mahu melihat realiti remaja yang memikul beban sebagai Power Rangers yang kita semua maklum bagaimana tetapi dengan masalah dan dunia sebenar mereka sebagai remaja, yang pada aku idea yang menarik, tapi ia masih kerja yang sukar untuk mennyeimbangkannya sebab ada terlalu banyak perangkap.

Tapi aku masih mahu tunggu filem seterusnya. Sebab ia premis yang ada potensi.

6/10

POWER RANGERS
Tarikh tayang : 23 Mac 2017
Pengarah : Dean Israelite
Genre : Aksi, Adventure, Sci-Fi, Superhero
Pelakon : Bryan Cranston, Elizabeth Banks, Dacre Montgomery, Zac Taylor, Naomi Scott, Becky G
Pengedar: TGV Pictures

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s