Filem: ​RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun 2), edaran Antenna Entertainments Sdn Bhd

Diangkat berdasarkan peristiwa sebenar iaitu memoir tulisan Bacharuddin Jusuf Habibie yang merupakan mantan Presiden Indonesia, filem Rudy Habibie ialah cerita tentang pencarian teman sejiwa seseorang. Sebuah cerita tentang pencarian cinta pertama dan cinta terakhir. Ianya sebuah cerita tentang Presiden Indonesia yang ketiga dan isterinya. Ianya sebuah cerita tentang Habibie dan Ainun.

Rudy Habibie, ialah seorang genius mengenai kapal terbang dan mepunyai  impian yang besar. Dia menumpukan hidupnya untuk membina sebuah pesawat dengan harapan untuk menyatukan Indonesia. Sebagai seorang pelajar di Aachen, Germany, Rudy bukan sahaja belajar membina pesawat tapi juga belaja mengenal erti persahabatan melalui pendekatannya dengan para pelajar lain seperti Liem Keng Kie – yang berbangsa Cina,  Ayu – seorang adik putri keraton dari Solo, Poltak – pemuda Batak yang jujur dan kelakar, dan Peter – seorang mahasiswa senior. Namun demikian, ILONA, seorang mahasiswi  keturunan Poland, ialah yang paling mempercayai  cita-cita Rudy. Tapi tidak mudah bagi Rudy untuk mencari seorang yang bersefahaman  dan ingin menyokongnya.


Latarbelakang Sejarah: 

Bacharuddin Jusuf Habibie a.ka. Rudy Habibie (dilahirkan 25 Jun 1936) ialah seorang jurutera Indonesia yang menjadi Presiden Indonesia dari 1998 hingga ke 1999. Dia mewarisi kedudukan itu selepas Suharto meletak  jawatan pada tahun 1998. Jawatannya sebagai Presiden dilihat sebagai  masa peralihan ke era lepas Suharta.  Sebagai Presiden, dia meliberalisasikan akhbar dan parti-parti  politik Indonesia, dan mengadakan pilihanraya demokratik awal pada 1999. Ini mengakibatkan beliau kehilangan jawatan Presidennya. Habibie ialah presiden Indonesia yang ketiga, selepas kemerdekaan.

Tenaga kerja

Pelakon / Watak:
Reza Rahadian (B.J Habibie / Rudy Habibie)
Chelsea Islan (Illona Ianovska)
Ernest Prakasa (Liem Keng Kie)
Boris Bokir (Poltak Hasibuan)
Verdi Solaiman (Romo Mangun)
Millane Fernandez (Sofia)
Pandji Pragiwaksono
Bastian Bintang Simbolan (Rudy Habibie kecil)
Dony Damara (Alwi Abdul Jalil Habibie – bapa Rudy)
Dian Nitami (R.a. Tuti Marini Puspowardojo – ibu Rudy)
Indah Permatasari (Ayu)
Julia Alexandra (Mira)

Pengarah: Hanung Bramantyo
Penerbit: Manoj Punjabi
Lakon Layar: Gina S. Noer
Terbitan: MD Pictures
Tarikh Edaran di Malaysia: 4 Ogos 2016
Masa Berjalan: 118 minit
Bahasa: Indonesia

Runut Bunyi (OST)
Tajuk Lagu: Mencari Cinta Sejati
Penyanyi: Cakra Khan
Pencipta: Melly Goeslaw
Label: MD Musik Indonesia

OPPO F1 Plus FC Barcelona Players’ Edition Raised RM43,398 in Charity Auction

Kuala Lumpur, July 22nd, 2016 – The OPPO F1 Plus FC Barcelona Edition withPlayer’s Signatures was being auctioned at the price of RM43,398 on OPPO’s ecommerce partner’ platform, GemFive.com. With the generous amount of money being raised, F1 Plus FC Barcelona edition marks spot of being the highestprice phone for OPPO in the Southeast Asia markets.

Entering to the world of charity auction for the first time with an F1 Plus being autographed byFC Barcelona, OPPO Malaysia witnessed the frantic enthusiasm of OPPO and FC Barcelona fans in the local market. The highly sought after F1 Plus FC Barcelona Players’ Signature edition has been auctioned at the price that was even higher than the R7 Plus FC Barcelona Edition sporting signatures on Ebay globally last year.

The OPPO F1 Plus FtC Barcelona Edition with Player’s Signatures was being auctioned at the price of RM43,398, marks the highest price phone for OPPO in the Southeast Asia markets

“We have witnessed the passion of the OPPO fans and FC Barcelona fans combined. It is to our great pleasure that we are able to offer such a sought after F1 Plus edition for our loyal fans in Malaysia, and able to do good deeds for the charity house. With such confidence, we will be working more closely with FC Barcelona for more exciting collaborations in the future,” said William Fang, CEO of OPPO Malaysia.

While the company is processing to have the auctioned proceeds of the sole unit of FC Barcelona autographed edition fully donated to “30 Hour Famine” by World Vision, a global youth movement against hunger and poverty, the company is also make available of the rest of the 9 units of F1 Plus FC Barcelona [Standard] Edition at the price of RM2,098. The priority of the special editions goes to the bidders in the charity auction on first come first served basis.
9 units F1 Plus FC Barcelona [Standard] Edition can be purchase by the bidders.

The OPPO F1 Plus FC Barcelona limited edition featuring a head-turning blue-and-red color scheme, an 18K gold-plated club, an FCB-themed UI and an exclusive case sporting laser-printed signatures from five top Barça players that looks stunning in all angles and signifying the loyal spirit of football club. Besides, featuring powerful hardware, an eye-catching all-metal unibody, VOOC Flash Charge, and lightning-quick fingerprint recognition, the F1 Plus is also the first device to feature a brand-new technology in OPPO’s arsenal: the Hi-light Camera, which ensures that users can take clear, bright and colorful selfies in any light condition.  

OPPO Malaysia official Website   : http://www.oppo.com/my/

OPPO Malaysia official Facebook : https://www.facebook.com/malaysiaoppo

“Sinar Aidilfitri” hadiah istimewa terakhir arwah nenek buat Amirul Jafril

Amirul Jafril dibesarkan di Pulau Pinang, pemuda berusia 29 ini mula menetap di Kuala Lumpur selepas menamatkan pelajaran di UITM Shah Alam pada tahun 2007.

Memulakan kerjaya sebagai penulis dan penyampai berita radio di salah sebuah stesyen swasta terkenal, mula mencuba nasib sebagai penyanyi pada tahun 2010 dengan single pertama “Sehingga Sempurna”dengan modal sendiri. Namun, Amirul membuat keputusan untuk tidak terus menyanyi secara tetap dan menyifatkan minat beliau dalam bidang muzik hanya sekadar hobi dan suka-suka.

Walaubagaimapun sepanjang masa tersebut beliau masih terlibat dalam beberapa projek underground dan menghasilkan beberapa lagu yang masih belum diedarkan atau diperdengarkan kepada khalayak ramai.

Di usia 29, Amirul menyifatkan beliau lebih matang untuk berfikir dan bersedia untuk memberikan masa yang lebih untuk muzik, berpegang kepada kata-kata ” I’d rather regret the things I’ve done than regret the things I haven’t done”.

Cancer Survivor

Amirul Jafril pernah menghidap penyakit kanser Non Hodgkin Lymphoma tahap 2 pada tahun 2012. Hanya berusia 25 ketika itu, Amirul mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit tersebut daripada keluarganya di Pulau Pinang, serta meneruskan rawatan di Kuala Lumpur dengan sokongan rakan-rakan. Sentiasa mengambil sikap positif dalam setiap cabaran, Amirul meneruskan rawatan kimoterapi di salah sebuah Hospital di Kuala Lumpur dan sembuh sepenuhnya sekitar pertengahan 2013. Beliau seterusnya pernah muncul dalam beberapa buah artikel akhbar tempatan serta siaran tv bagi bagi berkongsi pengalaman melawan penyakit tersebut.

image

Single Raya: Sinar Aidilfitri

Lagu Sinar Aidilfitri sebenarnya di hasilkan dan direkodkan pada tahun 2011, selepas Amirul mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu raya yang penuh dengan “feel raya” . Bekerjasama dengan komposer Rudy Halim (Rudeboy Halim), Amirul mengambil risiko dengan meminimakan elemen moden dalam lagu tersebut, menegaskan bahawa lagu raya seharusnya mempunyai feel dan melodi yang membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar lagu tersebut, terasa mahu pergi beraya.

Amirul Jafril menyifatkan lagu Sinar Aidilfitri adalah sebuah lagu yang tersangat istimewa baginya dan dia sendiri suka mendengarkan lagu tersebut. Beliau menambah, lagu tersebut merupakan hadiah terakhir dari nenek kesayangannya, Rohani Binti Maidin yang meninggal dunia seminggu sebelum bulan Ramadan tahun ini. Tambahnya, ketika mahu menghasilkan lagu tersebut, beliau tidak cukup wang untuk menghabiskannya ke tahap mastering, kerana masih baru bekerja dan tidak mempunyai simpanan yang banyak. Arwah neneknya yang percaya dengan bakat dan kebolehan cucunya itu, memberikan sejumlah wang untuk menghasilkan lagu tersebut.

Kata Amirul “ Secara kebetulan beberapa minggu selepas arwah pergi, pihak pengurusan Joe Saiful dari JoePRCinternational menghubunginya dan menyatakan minat untuk memperdengarkan dan mempromosikan lagu tersebut ke khayalak ramai”

Tambahnya “ Saya telah melihat sendiri kerja tangan JoePRCinternational dan berbesar hati dengan kepercayaan mereka untuk menguruskan bakat saya. Lantas membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mereka untuk promosi dan edaran lagu “Sinar Aidilfitri” dan seterusnya kerjaya muzik saya”.

ALBUM HARI RAYA ISTIMEWA “RIA AIDILFITRI” SEMPENA SIRI JELAJAH MALAYSIA NORANIZA IDRIS MASYHUR 30 TAHUN

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd 841132-U kini telah menerbitkan album hari raya istimewa berjudul “Ria Aidilfitri” dan diedarkan bermula 25 Jun 2016.

Bersempena dengan sambutan Ramadan dan Syawal, “Ria Aidilfitri” menjadi bingkisan istimewa buat semua peminat yang merindui kemunculan Noraniza Idris yang turut dimeriahkan dengan kemunculan  artis-artis di bawah pengurusan NIPVSB.

“Ria Aidilfitri” menghimpunkan lagu-lagu terbitan NIPVSB dan nyanyian Noraniza Idris secara eksklusif bersama Ihab Ismail, Fee Haiqal, Fadzlee Sufri, Dalili Amerda dengan lirik yang turut ditulis oleh penulis lirik kreatif , Ahmad Fedtri Yahya yang juga merupakan artis di bawah naungan NIPVSB.

Album ini mengandungi 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terlibat. Istimewanya album ini turut mengenengahkan bakat nyanyian dan ciptaan anak bongsunya, Fee Haiqal dan Fadzlee Sufri , anak suaminya dari Singapura.

image

Terdapat 8 buah lagu baharu dan 4 buah lagu yang diberi nafas baharu.

Lagu – lagu baharu adalah terdiri daripada Rewang Raya (Noraniza Idris & Mimi Fly), Angin Cinta di Aidilfitri (Ihab Ismail/ Noraniza Idris/ Royce Sa’ayan dan Azmir Arif) , Linangan Syawal (Noraniza Idris / Fadzlee Sufri), Niatku (Fee Haiqal/ Ihab Ismail/ Dalili Amerda) , Titian Hidup (Ihab Ismail) , Ahlan Wasahlan Ya Syawal (Royce Sa’ayan/ Noraniza Idris / Ihab Ismail) ,  Aidilfitri Jadi Saksi (Fee Haiqal/ L’zzay Affendy) , Ria Aidilfitri (Ihab Ismail, Fee Haiqal, Noraniza Idris, Royce Sa’ayan, Azmir Arif, NIPVMania), Kalimah Lebaran (Razis Ismail/ Azmir Arif/ Noraniza Idris), Nostalgia Aidilfitri (Noraniza Idris/ Ihab Ismail/ Royce Sa’ayan/ Azmir Arif), Akar Kita Zapin Aidilfitri (Noraniza Idris/ Ihab Ismail/ Fee Haiqal/ L’zzay Affandy) dan Kasih Ibu/Seri Mersing (Noraniza Idris).

image

Album ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis undangan, Mimi Fly (One Nation Emcee),  L’zzay Affandy , Royce Sa’ayan, Razis Ismail dan Azmir Arif.

Lebih istimewa, album ini turut dimeriahkan dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas artis-artis terlibat yang membawa pesanan dengan tema yang disesuaikan mengikut setiap lagu  yang turut dilakonkan secara santai oleh artis-artis yang terlibat. Menurut Noraniza selaku penerbit album ini, “album berkonsep sketsa pendek di dalam sebuah album sudah lama tidak diterbitkan.

image

“Kali terakhir saya dengar album seperti ini adalah sewaktu saya berusia 7 tahun menerusi sebuah album melibatkan artis-artis popular ketika itu diantaranya seperti Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Latif Ibrahim, Hail Amir, Uji Rashid dan Datuk Khatijah Ibrahim.

Sehingga sekarang saya sangat merindui album itu dan sentiasa teringatkan mesej yang disampaikan di dalam sketsa tersebut sehingga mendorong saya untuk menghasilkan sketsa bermesej kepada masyarakat pendengar di setiap keratan yang diselang seli dengan lagu-lagu nyanyian kami.

Bagi peminat yang mendapatkan senaskah album istimewa ini pasti dapat merasai keunikan album ini yang dengan 22 trek termasuk lagu-lagu dan sketsa selain ucapan khas Hari Raya artis-artis turut dimuatkan dalam album ini” .

Faktor penerimaan menerusi jualan cakera padat sekarang tidak perlu dibimbangkan lagi kerana banyak kemudahan untuk mendapatkan album “Ria Aidilfitri” ini. Album fizikal terhad ini boleh didapati di seluruh Malaysia edaran Rusa Marketing bermula 25 Jun ini.

Album Ria Aidilfitri dan tempahan pakej persembahan bersama artis-artis Ria Aidilfitri turut dibuka sempena bulan Syawal.

Di samping boleh didapati menerusi jualan digital dan promosi media sosial yang kian meluas dengan kerjasama edaran Rusa Marketing Sdn Bhd.

Bagi Noraniza, album “Ria Aidilfitri” ini dianggap sebagai album yang sangat istimewa kerana buat pertama kalinya beliau menerbitkan sebuah album  berkonsep Hari Raya sepenuhnya walaupun melibatkan artis lain di dalam album ini tetapi konsepnya disusun sangat unik dan tersendiri.

Peminat bukan hanya dapat mendengar lagu-lagu baharu sahaja malah dapat menyimpan koleksi lagu-lagu lama Hari Raya  sebelum ini dalam sebuah album.

Setelah 30 tahun berada di dalam industri muzik Malaysia, menerusi penerbitan album ini juga saya dan artis terlibat bersetuju untuk mengambil bahagian dalam projek album ini yang bertujuan berhibur sambil beramal.

Kami turut bersetuju untuk sedekahkan sebahagian royalti jualan senaskah cakera padat album ini kepada keluarga Dalili Amerda, artis kami yang juga salah seorang peserta Ceria Popstar kini sedang mengumpul dana membiayai perubatan ayahnya yang mengalami kanser darah tahap empat. Begitu juga kepada salah seorang kumpulan promosi NIPV Mania, Hazirah Yusof, yang kini menghadapi dugaan kerosakan saraf mata menyebabkan buta seumur hidup.

Semoga usaha saya dan artis-artis yang terlibat dalam album “Ria Aidilfitri”  ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

Semoga “Ria Aidilfitri” ini dapat menghiburkan dan memberi kemanfaatan kepada peminat setia yang ingin bersedekah sambil berhibur. Begitu juga buat peminat yang sekian lama merindui kehadiran Noraniza Idris sebagai penggiat seni budaya dalam Industri Muzik Malaysia menerusi penerbitan album ini dan menjadi buah tangan istimewa sempena hari raya ini.

Sebarang tempahan persembahan Ria Aidilfitri dan pertanyaan lanjut boleh hubungi email info.nipvsb@gmail.com. Serta layari website www.akarkitazapin.com.my atau hubungi talian 0162918066.

HYPPTV TERUS MENGAMBIL BARAKAH RAMADAN MENERUSI PROGRAM ‘RAMADAN BERSAMA HYPPTV’

HyppTV mendekati dan meraikan semangat Ramadan bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini terus menyemarakkan dan mengambil barakah sempena bulan Ramadan Al-Mubarak dengan menganjurkan program bersama masyarakat setempat yang dikenali sebagai ‘Ramadan Bersama HyppTV’, di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Selangor, yang juga merupakan rakan lokasi untuk program ini. Program yang berlangsung selama dua (2) hari, dari 18 hingga 19 Jun 2016 telah menyaksikan penglibatan masyarakat setempat dan para pelajar dari sekolah tahfiz terpilih, serta rakan kandungan HyppTV dan selebriti-selebriti tempatan dari drama bersiri terbaharu HyppTV.

Kemuncak program ini ialah majlis berbuka puasa istimewa yang telah diserikan dengan kehadiran Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM dan Dr. Hj. Mohammad Deen Hj Mohd Napiah, Nazir, Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Hajah Zuraidah Mohd Said, Naib Presiden Negeri, TM Selangor; Datuk Rafiena Ezanee Ramli, Pengarah Urusan, Darkwave Pictures Sdn. Bhd. dan Datuk A. Aida, Pengarah Urusan, A. Aida Production Sdn Bhd.

Berucap pada majlis buka puasa tersebut, Datuk Bazlan berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan program kemasyarakatan seperti ini, bukan sahaja dapat bertemu dengan masyarakat setempat malah kami dapat menyemai semangat bersatu padu menerusi pelbagai aktiviti termasuklah majlis buka puasa bersama komuniti dan mengagihkan bubur lambuk. Ini adalah selari dengan kempen Raya kami pada tahun ini iaitu #TiffinMalaysia, simbolik kepada kepelbagaian lapisan masyarakat di Malaysia yang datang dari pelbagai latar belakang, saling melengkapi dan hidup dalam suasana harmoni. Kempen ini turut menggunakan hashtag,#DoMoreGood yang menggalakkan sifat berkongsi dan bermurah hati di kalangan rakyat Malaysia.”

“Pada masa yang sama, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan HyppTV dan program-program istimewa sempena Ramadan tahun ini dengan tema “Keindahan Ramadan, Kemeriahan Syawal” dengan hashtag #SetulusHati. Selain itu, sepanjang Ramadan ini, HyppTV akan menayangkan program-program dan dokumentari berbentuk Islamik menarik di saluran Salam HD, saluran Islamik dan gaya hidup terbaharu di HyppTV (Saluran 113) serta di saluran HyppSensasi HD, HyppInspirasi HD dan TV Al-Hijrah. Penganjuran acara seumpama ini sekaligus membolehkan kami berkongsi dan menyemarakkan lagi semangat berkongsi bersama mereka yang memerlukan dan meringankan beban golongan yang memerlukan, bertepatan dengan janji kami, ‘Hidup Lebih Mudah’,” tambah Datuk Bazlan.

image

image

Selain dijamu dengan hidangan berbuka puasa yang enak, Masjid Al-Hidayah turut menerima sumbangan wang tunai, ihsan daripada TM, yang telah diterima oleh Dr. Hj. Mohammad Deen.

Sementara itu, orang ramai yang hadir turut diberikan pemantapan rohani bersempena dengan bulan Ramadan ini melalui tazkirah istimewa yang disampaikan oleh Imam Muda Fakhrurrazi dan Ustaz Hafiz Mansor dari Salam HD (HyppTV saluran 113). Program ini masyarakat setempat di Masjid Al-Hidayah berkumpul untuk sama-sama berbuka puasa, kemudiannya diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh bersama dengan imam jemputan, Ustaz Rashidi Jamil, Timbalan Imam Mufti Kuala Lumpur, dan Imam Muda Hafiz.

Selain itu, terdapat juga sesi bertemu peminat bersama para selebriti yang hadir dan mereka turut mengambil peluang untuk mempromosikan produk-produk mereka seperti kuih-muih dan pakaian.

Pada bulan Ramadan tahun lalu, HyppTV telah menganjurkan program ‘Ramadan Bersama HyppTV’ buat pertama kalinya di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baharu Bangi. Program tersebut telah membuahkan kejayaan, dan berjaya mendekatkan TM dan selebriti tempatan bersama penduduk setempat dengan semangat perpaduan dan membuat kebajikan.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 114 saluran dengan 48 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 51 saluran premium, 26 saluran percuma, 5 saluran Radio, 10 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV turut boleh menikmati saluran hiburan bertaraf antarabangsa ketika berada di luar rumah menerusi HyppTV Everywhere atau HyppPlay, saluran Video-On-Demand yang turut menawarkan pelbagai siri kandungan yang boleh didapati di HyppTV.

image

Dari Kiri : Khaidhir Elias (Naib Presiden Jualan, Pengguna dan SME), Hj Abdul Fatah Hj Abdullah Sani (Setiausaha, Masjid Al Hidayah, Taman Melawati), Dr. Hj Mohammad Deen Hj Mohd Napiah (Nazir, Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati), Datuk Bazlan Osman(Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM) dan Dato’ Hajah Zuraidah Mohd Said (Naib Presiden Negeri, TM Selangor)

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

 

‘KLASIK RAYA’ AT SUNWAY PUTRA MALL

Sunway Putra Mall celebrates Hari Raya Aidilfitri with 60’s touch

Kuala Lumpur- In conjunction with Ramadhan and Hari Raya Aidilfitri, Sunway Putra Mall recently launched their Klasik Raya. Taking centre stage at the main concourse is a magnificent 60’s theatre or affectionately known back then as ‘Panggung’ surrounded by quaint vintage shop house, a vintage car and oil lamps as to complimenting the final look. The theme for this year brings shoppers back to the heydays of 60’s when vintage and modish were the rage.

To start off the festive season, the mall invited, media, bloggers together with 30 Yayasan Chow Kit (YCK) children for an early Raya celebration. Classic songs were played to greet the guests as they crowd around the Main Concourse, captivated by the illuminating decorations.

The launch was officiated by Tan Sri Razman M. Hashim, Deputy Chairman of Sunway Group along with his wife, Puan Sri Latiffah Kamarudin. Also present were, Mr HC Chan, Chief Executive Officer of Sunway Malls and Theme Parks. Mr Kevin Tan, Chief Operating Officer of Sunway Malls and Ms Phang Sau Lian, General Manager of Sunway Putra Mall.

Lights, Camera, Action! Signaling the launch at  the Panggong, Tan Sri Razman, Puan Sri Latiffah, Mr Chan, and Mr Kevin clapped their vintage clapper board followed by confetti as to mark the beginning of Raya Klasik at the mall.  

image

From Left, Mr H.C. Chan, CEO of Sunway Malls & Theme Park, Tan Sri Razman M. Hashim, Deputy Chairman of Sunway Group, Puan Sri Latiffah and Mr Kevin Tan, COO of Sunway Malls officiating Raya Klasik

This year’s theme was inspired by the timeless traditions and cultures of Malaysia’s yesteryears which is still known and appreciated to this day. Speaking at the launch, Mr HC Chan said “It plays an important and integral role in the community by encouraging communal harmony and integration. It offers not only an excellent platform to reach out to people from all walks of life but provides a space for the community to converge too.” 

The crowd was later entertained with classic pop dance featuring songs like Mambo, Bila Mama Pakai Celana and others which were the hit in the 1960’s Malaya movies. The dancers enthralled the audience with their moves transporting the guests back to the 60’s. The special highlight of the launch when Greyson Chance, an Oklahoma singer-songwriter and Nik Qistina, Malaysia local artist were also invited to sing at the launch. Greyson Chance, sang his latest single ‘Afterlife’ while Nik Qistina serenaded the crowd with  ‘Pulang Di Hari Raya’. 

Following the launch, Sunway Putra Mall also officiated Food Bank, a corporate social responsonsibilty (CSR) campaign initiated by the mall together with The Touching Lives Club Kuala Lumpur and Selangor. The campaign aims to encourage shoppers to donate non-perishable food items to the less fortunate as an act to support and also help them during this festive season. Donations would be distributed to Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Sg.Penchala before Hari Raya. 

“We hope to receive continuous support from the public to help us gather the sufficient food items in helping to provide the underprivileged to prepare for this Hari Raya.” mentioned Mr Kevin. 

Right after the launch,  Tan Sri Razman and his wife  proceeded to give Raya packets and goodie bags to the children of YCK. The hampers were sponsored by Friends of Burger and Popular Bookstore. 

Tan Sri Razman said it was encouraging to see Sunway Malls reaching out and touching the lives of the less fortunate, especially during Ramadan. The attendees were later ushered to Selera Street food hall for an Iftar session.

‘Klasik Raya’ runs from now till 10 July 2016, throughout the month of Ramadan and Syawal. There will also be screening of P.Ramlee best known classical films from 10.00am to 10.00pm on selected dates, dance performances, festive bazaars and shopping redemptions of Raya Packets, Klasik Cushion Cover and Handmade Beanbag. 

image

image

image

For more information please contact 03-2786 9300 or log onto www.sunwayputramall.com for details.

PETRONAS CONTINUES TO BRING MALAYSIANS TOGETHER THROUGH FESTIVE ADS

KUALA LUMPUR, 29 June 2016 – PETRONAS today released its latest webfilm produced in conjunction with the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebrations. 

Entitled “Vroom Vroom”, the webfilm imparts the virtue and values of patience, kindness, forgiveness and family unity synonymous with the spirit of Aidilfitri, and in line with PETRONAS’ commitment in bringing Malaysians together through its festive campaigns. 

“Vroom Vroom” portrays how simple values have the power to inspire and influence multiple acts of kindness. The webfilm centres on the plight of a father and his young son who were evicted from their home on one fateful night. The story revolves around the father’s determination to bring back the smile to his son’s face despite their dire situation. 

PETRONAS’ Senior General Manager of Group Strategic Communications, Zahariah Abd Rahman said: “Malaysians look forward to PETRONAS’ festive communications which celebrate the beauty of Malaysia’s multi-ethnic culture. With each campaign, we aim to bring Malaysians closer through inspirational everyday stories that unite us.

“We truly believe that every Malaysian is an inspiration, and we are proud to present this heartwarming webfilm which we hope will resonate with all Malaysians for this coming Hari Raya Aidilfitri,” she added, speaking at the launch of the film in Kuala Lumpur. 

Viewers can log on to PETRONAS’ official brand channel at www.petronasofficial.com to view the webfilm starting from 30 June 2016. A sixty-second television commercial version of the webfilm will also be aired from 1 July 2016 onwards. 

Additionally, with road safety being the highlight during the festive seasons, PETRONAS returns with its Coffee Break campaign offering 900,000 cups of freshly brewed hot coffee and snacks at 147 participating PETRONAS stations nationwide. The campaign runs on 2 and 3 July from 6pm onwards and on 9 and 10 July 2016 from 3pm onwards. 

For more information on PETRONAS Coffee Break and the locations of participating PETRONAS stations, log on towww.mymesra.com.my.

 
image

PETRONAS Senior General Manager of Group Strategic Communications, Zahariah Abd Rahman (fourth from left) and General Manager of Brand Management, Rizan Ismail (far right) together with the casts celebrate the launch of PETRONAS 2016 Hari Raya webfilm titled “Vroom Vroom”. 

image

Kuala Lumpur, 26 May 2016 – Amaryllis Wellness Sdn Bhd (Amaryllis) telah mengumumkan Mizz Nina sebagai duta produk kecantikannya, Adania. Amaryllis, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan, Adania termasuk memiliki sebuah spa kesihatan di Wangsa Maju telah memilih Mizz Nina kerana karisma dan perwatakan menarik yang dimiliki Mizz Nina bersesuaian dengan produk kecantikan Adania.

Mizz Nina yang mempunyai standardnya yang tersendiri, sangat berpuas hati dengan kesan positif yang dihasilkan Adania terhadap penjagaan kulit mukanya. Adania adalah sangat mudah untuk digunakan dan merangkumi penjagaan kulit muka dan badan.

image

Amaryllis berharap kerjasama dengan Mizz Nina dapat membantu menguar-uarkan Adania sebagai pilihan terbaik penjagaan kulit harian untuk rakyat Malaysia seperti anda. Adania sesuai untuk semua jenis kulit, perempuan mahupun lelaki, dan memberi kesan positif kepada penggunanya. Kami mahu rakyat Malaysia berasa yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri. Oleh sebab itu, kami mahu mereka merasai sendiri kebaikan produk organik terbaik Malaysia yang mempunyai haruman spa melalui produk Adania.

image

“Adania menawarkan rawatan kecantikan mewah untuk kulit berseri dan tampak lebih muda di rumah anda sendiri. Setiap ciptaan produk adalah hasil campuran bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi yang membawakan aroma spa indah dan ekstrak botani. Produk ciptaan tangan kami sendiri ini telah melalui masa yang lama untuk dihasilkan melalui carian bahan-bahan terbaik dan paling berharga. Keberkesanan Adania sebagai produk kecantikan terbukti melalui pemilihan bahan-bahan organik yang eksklusif dan campuran formula semulajadi yang mantap untuk menawarkan anda hasil kecantikan optimum melalui produk kami,” ujar Pn Ain Nadya Yusoff, pengasas Amaryllis Wellness Sdn Bhd.

image

image

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Adania, mendaftar sebagai agen Adania atau menempah rawatan di spa Amaryllis, boleh menghubungi 013 309 6057 atau layari www.amaryllis-wellness.com. Ikuti kami di Facebook: Amaryllis Wellness atau Instagram; @amarylliswellness.

Amaryllis Wellness Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang menawarkan rawatan dan produk kecantikan dan kesihatan. Ditubuhkan pada 2010, Amaryllis Group adalah di antara syarikat yang berdaya saing dan maju dalam industri kecantikan dan spa di Malaysia. Amaryllis Wellness bermula sebagai sebuah spa kecantikan yang membawa kepada kelahiran produk organik, Adania. Kami hanya menawarkan produk dan servis semulajadi dan organik kepada pengguna kami. Terdapat juga minuman kesihatan tambahan untuk jagaan dalaman badan iaitu Amaryllis Inner Series.