Tag Archives: tgv pictures

Explosions in the Angel Grove, a very deeply post rock rooted Power Rangers movie : sebuah ulasan

First, it felt like a two TV pilot episodes joint together. Mereka dah boleh jadi Power Rangers at the end of the first half tapi mengenangkan Lionsgate ni punya bajet bukanlah besar macam big studio macam Disney, Warner, Fox, atau Universal, maka itulah yang kita dapat. Bila dapat untung dari filem pertama ni barulah bolleh rolling untuk bajet dan aksi yang lebih banyak untuk filem yang seterusnya barangkali.

But it also does felt like X-Men First Class. A very young X Men at its formation dan mereka jadi X Men pun dekat-dekat hujung movie, but still, sebab aku minat Matthew Vaughn, you can feel the weight at the very last scene of First Class. Power Rangers not so much. It wasn’t that good. But it wasn’t that bad either.

Cara Dean Israelite menggarap naskhah ini membuatkan ia jadi filem Power Rangers versi post rock. Memang awalnya ia mengambil sisi John Hughes, Breakfast Club yang paling jelas melalui pertemuan Jason, Billy dan Kimberly di kelas tahanan tetapi tonanya seperti Peter Berg. Jason Scott sebagai football star punya scene memang echo sebijik style Friday Night Lights yang mana Explosions in the Sky membikin muziknya. Aku ingatkan aku saja-saja je feel begitu, tapi memang betul pun ada nama Explosions in the Sky pada kredit soundtrack.

Muzik akan reflect suasana. Dulu, filem tak ada mood score post rock sangat sebab filem terbiasa dengan susunan string ensemble atau orchestra. Kalau baca hal Explosions in the Sky (EITS) ni, mereka macam bikin skor filem yg tak wujud tapi dengan instrumenrasi sebuah band: gitar, bass, dram. Filem Friday Night Lights arahan Peter Berg (Patriots Day, Lone Survivor, Deepwater Horizon) pada aku penting dalam memperkenal khalayak pada muzil EITS dan gaya muzik sebegitu dalam filem-filem lain lepas tu. Yang hampir dekat dgn EITS pada aku ialah John Murphy yang bikin muzik untuk filem Danny Boyle, 28 Days Later, tapi dari segi motif aje, instrument masih lagi orkestra.

Cameron Crowe pernah pakai lagu Sigur Ros untuk filem Vanilla Sky, tapi sekadar nak penuhkan album soundtrack yang pelbagai aliran muziknya dan tak utilize sangat ‘post rock’ untuk membentuk moment. So, Friday Night Lights is still the thing for me. Tengok aje lah filem Friday Night Lights tu dengan Power Rangers back to back.

Power Rangers berasal dari premis yang silly. Yang asalnya penuh dengan line cheesy dan bad acting tapi menjual aksi dan kostum warna-warni. Dan filem ini mahu melihat realiti remaja yang memikul beban sebagai Power Rangers yang kita semua maklum bagaimana tetapi dengan masalah dan dunia sebenar mereka sebagai remaja, yang pada aku idea yang menarik, tapi ia masih kerja yang sukar untuk mennyeimbangkannya sebab ada terlalu banyak perangkap.

Tapi aku masih mahu tunggu filem seterusnya. Sebab ia premis yang ada potensi.

6/10

POWER RANGERS
Tarikh tayang : 23 Mac 2017
Pengarah : Dean Israelite
Genre : Aksi, Adventure, Sci-Fi, Superhero
Pelakon : Bryan Cranston, Elizabeth Banks, Dacre Montgomery, Zac Taylor, Naomi Scott, Becky G
Pengedar: TGV Pictures

Advertisements

Filem: THE NICE GUYS (2016), edaran TGV Pictures

image

Arahan Shane Black.
Lakonan Russell Crowe, Ryan Gosling, Angourie Rice, Kim Basinger, Margaret Qualley, Yaya DaCosta, Matt Bomer.

Plot: Berlatarkan Los Angeles pada tahun 1970an, penyiasat persendirian Holland March dan penguatkuasa Jackson Healy perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kes kehilangan seorang gadis dan juga kematian pelakon porno yang pada mulanya dianggap tidak saling berkait. Ketika menyiasat mereka mendapati satu konspirasi yang mengejutkan membabitkan orang-orang ternama.

Shane Black (Kiss Kiss Bang Bang, Iron Man 3) is back in black again. Saya tonton filem ini di press preview pagi tadi, totally better than Angry Birds that I’ve watched later. Tonton dengan my KL Buddy, I’ve told him why The Nice Guys is unlike mystery noir buddy comedy that he has seen before.

KL Buddy: Filem ni kelakar tapi rumit sikitlah pada orang yang berusia macam saya.
Me: Tengok je lah era 70’annya dan apa isu yg diangkat bila kita dibawa ke era itu. Pornografi – yg sebenar-benarnya bukannya pornografi sangat pun (ada yg melihat seks), tapi pembikinnya mahu creative freedom, free speech. Ada watak anti pornografi yg mengingatkan saya pada Tipper Gore tapi Shane make it further down the spiral. Scene protes depan mahkamah tu kelakar dan paling jelas.
KL Buddy: jadi filem ni komedi yang ada isilah?
Me: I leave it there…. Sedangkan dialog anak dan ayah yang nampak simple pun boleh jadi witty, bold dan charming. Itu yg writer kita lack of.

(Lepas tu bincang kami berkisar Russell Crowe yg dah gemuk macam John Goodman, kenapa Ryan Gosling ialah bekas Mouseketeer yg jauh lebih baik daripada Britney, Christina Aguilera, JT combined and unstoppable force.)

Two thumbs up.

The Nice Guys akan mula ditayangkan di pawagam mulai 26 Mei 2016 edaran TGV Pictures.

P/s: Ryan Gosling masih menjerit macam perempuan.