Images

Ulasan filem: THE CONJURING 2

Bila James Wan meminimakan kes Amityville (lanjutan dari filem pertama bila pasangan Warren di akhir filem pertama menyebut tentang siasatan mereka yang seterusnya ialah di Long Island yang merujuk kepada The Amityville Horror yang berlaku pada 13 November 1974), ia mungkin nampak seperti langkah tepat sebab ia boleh jadi paparan seram yang generik tentang pembunuhan kejam yang disulami unsur mistik (telahpun digunakan pada filem spin-off The Conjuring, Annabelle yang seharusnya jadi dokumen seram dari kisah sebenar tetapi terlebih exaggerated sampai ia jadi kisah rekaan yang gagal dari sudut seram).

Tapi pengenalan kes Amityville di awal filem penting juga sebab ia membezakannya dengan cara biasa James Wan (sebab kita dah tau schtick James Wan bila nak sampaikan seram: loud door knock, loud-slow-louder-louder music, dark corner…). Amityville disampaikan dengan crime scene ala Charles Manson (sebab tu di permulaan ada forum di TV tentang pengalaman supernatural Warren yang dipertikai tapi Lorraine sebenarnya melihat kedua-duanya: mass shooting dan pengalaman mistik yang mempengruhi pembunuhan ini.

Tiada yang lebih gruesome bila anda masuk ke dalam jiwa seseorang yang sedang memegang senapang melakukan jenayah kejam menembak mangsanya satu persatu tak kira usia. Itu lebih ngeri berbanding pengalaman ‘out of body’ Lorraine sebelum ini berdepan dengan hantu-hantu dan roh jahat (James Wan kembali kepada schtick ‘out of body experience’ Insidious di awal filem ini, lengkap dengan budak misteri yang berlari-lari).

Hantu main sembunyi tepuk tangan pada filem pertama mungkin sukar untuk diatasi pengalamannya tapi kes Enfield Poltergeist yang berlaku di England sekitar 1977 hingga 1979 sekurang-kurangnya memberi feel yang berbeza berbanding American pada filem pertama. Tiada yang lebih British bila satu keluarga di sebuah pekan diganggu entiti hingga buat mereka terpaksa beralih ke rumah saudara mereka yang cuma tinggal di seberang jalan. Tiada yang lebih British bila polis Britain turut diganggu entiti ketika melakukan siasatan sehinggakan mereka tiada daya melainkan kes keluarga Hodgson diminta dirujuk pada pihak gereja. Tiada yang lebih British tentang biskut dan London Calling oleh The Clash.

Tiba-tiba saya jadi rindu pula dengan gerak kamera John R. Leonetti yang duduk di kerusi pengarah kembali sejak filem Annabelle sebab Enfield Poltergeist terlalu canggih pula untuk era seram 70’an.

Rating: 7/10

THE CONJURING 2 ialah filem seram arahan James Wan, lakonan Patrick Wilson dan Vera Farmiga, mulai tayangan sejak 9 Jun 2016, edaran WARNER BROS. PICTURES.

FILEM: Kalam Kalam Langit

Dalam kesibukan acara malam kemuncak #FFM28, kami sempat ke MATTA Fair di PWTC pagi tadi semasa tandatangan MoU antara biro perjalanan wisata Indonesia (ASITA) dan MATTA dari Malaysia. Booth Indonesia yang terletak di Hall 3 (ASEAN Hall) bukan sekadar menampilkan seni budaya dari team Wonderful Indonesia tetapi turut membawa filemnya sekali iaitu Kalam Kalam Langit arahan Tarmizi Abka yang dirasakan berpotensi menjadi instrumen promosi Wonderful Indonesia kerana latar lokasi Lombok pada filem ini dianggap sudah dikenal baik oleh masyarakat di Malaysia.

Kalam Kalam Langit, sebuah filem bertema Islamik dari skrip tulisan Faozan Rizal. Dua pelakon utamanya, Dimas Seto dan Elyzia Mulachela akan menemui para peminat di Booth Indonesia MATTA Fair hari ini. Penyanyi lagu runut bunyi filemnya, Cut Nyak Niken Astri Febrianti juga akan membuat persembahan.

Filem Kalam Kalam Langit bakal diedarkan di pawagam Malaysia mulai 15 September 2016 edaran Utopia Motion Picture Sdn Bhd.

Filem: WARCRAFT : THE BEGINNING

Warcraft versi filem ni macam main game juga di mana penonton perlu identify setiap karakter dan misi mereka, malangnya tanpa arahan dan cliffs notes yang jelas, sehinggakan bila ada perubahan pada watak yang tidak diberikan penerangan yang jelas kenapa, pemain yang baru masuk arena akan terkapai-kapai, struggle gila-gila nak adapt permainan ini, tau-tau dah masuk adegan kemuncak yakni battlefield yang menyajikan aksi, malangnya, pendek sangat. Dan anda main tekan je apa butang yang ada di keyboard atau joystick, asalkan watak pilihan anda menang; manusia atau orc (walaupun sebenarnya ia tentang skil menguruskan pasukan anda).

Duncan Jones bersama penulis Charles Leavitt dan Chris Metzen ialah pemain permainan video ini. Jones siap mengaku dia hardcore gamer Warcraft, jadi kita sebenarnya mengikuti permainan Jones yang memadankan permainan ini ke bentuk filem, malangnya pada ketika kita di level pertama, Jones lupa nak unlock banyak feature pada game ini (kebanyakannya pada watak) membuatkan penonton di sebelah saya tertidur, siap berdengkur lagi sebelum masuk level seterusnya iaitu aksi. Saya pula jadi lost. What’s going on here, Duncan?

Warcraft ialah penyertaan baru dalam genre fantasi dalam urat yang sama dengan Lord of the Rings, (dengan Jones menyalurkan pada sci fi epik seperti Avatar pada satu dua adegan) dengan cerita yang familiar tapi ambisinya terlalu tinggi sehingga pengenalan watak dan perkembangannya jadi teramat longgar untuk sebuah cereka 2 jam, ditambah dengan lakonan tak cemerlang dari pelakon-pelakonnya (saya nak beri pengecualian pada Toby Kebbell, si Koba dari Dawn of the Planet of the Apes di mana lakonannya baik tapi enjjn grafik yang menggerakkan lakonannya mengecewakan). Plotnya sesak, terkejar-kejar sampai kau tak tau filem ni nak ke mana ditambah dengan suntingan dan transisi yang tak kemas. Macam main game, kau kena check balik tiap nama watak untuk ingat semula apa tujuan dan matlamat mereka dalam game itu dan tempat kau berada. Peminat video gamenya mungkin boleh relate tetapi ia akan alienate penonton yang tak mengikuti permainan videonya. Dialognya buat aku geleng kepala. Dan gambarnya,… aku tak tau berapa level bright dan kontras yang dinaikkan oleh penjaga visual efeknya, sebab dah tak ada beza dengan menonton snippet movie pada permainan videonya sedangkan filem sepatutnya buat aku rasa sinematik.

Kritik awal tak tipu. Tapi aku tak give up dengan Duncan Jones. Big budget di bawah tekanan major studio ni bukan liga dia. I’m looking forward on his next sci fi project, Mute sebab tu baru kena dengan jiwa dia. Tak seperti Fant4stic yang penuh dengan cerita studio interference, kes Warcraft aku letak dosanya di bahu Duncan Jones yang setuju nak buat filem ni dari awal bersama Charles Leavitt (In The Heart Of The Sea, Seventh Son) tapi dengan hasil yang mengecewakan.

5/10

image

Plot: Filem ini berkisarkan tentang Anduin Lothar menentang Durotan, dalam dunia di mana manusia dan adiwira Orc dari permainan video popular dengan nama yang sama, Warcraft. Sebagaimana Dark Portal terbuka untuk menghubungkan Azeroth yang aman damai dengan dunia malap Draenor, tamadun Azeroth berdepan kemusnahan apabila pejuang-pejuang Orc cuba menjajah dunia mereka untuk mengelak dari pupus.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 3 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper, Toby Kebbell
Pengarah: Duncan Jones

[PERADUAN] Menangi tiket tayangan premiere filem Central Intelligence!

Siapa rakan baik anda ketika di sekolah dulu? Tag mereka di link Facebook ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156878929970251&substory_index=0&id=371784040250 dan di ruangan komen, nyatakan plan gila anda yang anda mahu selesaikan bersama rakan anda itu.

Jangan lupa untuk ‘LIKE’ page United International Pictures Malaysia di Facebook. 5 jawapan paling kreatif akan menerima tiket tayangan premiere Central Intelligence!

Peraduan berakhir pada 12 Jun 2016.

image

Plot: Filem arahan Rawson Marshall Thurber ini mengisahkan tentang seorang akauntan yang kembali bertemu dengan rakan lamanya melalui Facebook. Dia bagaimanapun kemudian telah diperdaya oleh rakannya itu untuk masuk ke dalam dunia pengintipan.

Genre: Aksi / Komedi
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Kevin Hart, Ed Helms, Amy Ryan, Danielle Nicolet
Pengarah: Rawson Thurber

#CentralIntelligenceMY di pawagam mulai 16 Jun 2016.

Kemeriahan Acara AVON Matte-ness Bersama Jurusolek Selebriti Terkemuka Tanahair

image

Acara santai dan eksklusif AVON Matte-ness, telah menemukan lebih 30 Jurusolek Selebriti terkemuka tanahair menyaksikan sendiri kehebatan produk terbaru gincu AVON Perfectly Matte.

Pengenala n gincu 100% matte ini, jelas menunjukkon bahawa AVON sentiasa berada di hadapan dalam mengikuti perkembangan trend semasa. Presiden AVON Malaysia, Romulus Sirbu dalam ucapan beliau, berkongsi mengenai komitmen pelaburan Avon untuk penyelidikan dan pembangunan telah berjaya membawa AVON merangkul pelbagai anugerah dalam bidang teknologi kosmetik yang kini telah digunapakai oleh semua dalam industri kecantikan.

Sesi memperkenalkan produk baru ini turut diserikan dengan kehadiran Duta Avon, Fathia Latiff yang berkongsi pengalaman menggunakan gincu yang begitu selesa dan kekal tampil versatil selain daripada gambaran ekspresi dirinya yang sebenar melalui warna kegemaran beliau.

Aspalin Hj Sirat, Ketua Pemasaran Komersil AVON yang turut hadir di hotel St Regis Kuala Lumpur ini, teruja menyaksikan sendiri Jurusolek professional mencuba gincu Perfectly Matte, setelah beliau memberi penerangan mengenai kandungan matte dan tekstur lembab gincu, tahan lama dan keistimewaan lainnya. Wakil media juga telah disolek oleh Jurusolek Professional AVON untuk tampil berbeza dengan sentuhan Perfectly Matte ini. Selain daripada itu, AVON turut memperkenalkan True Matte Eyeshadow Quad, 4 palet pembayang mata matte baru. Bagi melengkapi solekan untuk apa jua majlis yang dihadiri, penggunaan AVON ldeal Oil Control Plus Dual Powder Foundation pasti memberikan hasil tampak berbeza.

Kemeriahan acara AVON Matte-ness ini diakhiri dengan dendangan lagu daripada pendatang baru, Ushera yang begitu versatil dalam persembahan beliau menghiburkan tetamu yang hadir.

image

image

image

image

image

image

image

[PERADUAN] Menang tiket menonton X-MEN: APOCALYPSE di Panggung GSC DOLBY ATMOS

Contest duration: 6 May – 18 May 2016

How to participate?

Step 1: Visit your nearest GSC Cinemas

Step 2: Record a short video with the shoutout “Feel every dimension of X-Men in Dolby Atmos. GSC- Dolby Atmos BAGUS!!” in front of GSC cinemas

Step 3: Upload and hashtag #GSCDolbyAtmos #MovieMania #ExperienceGSC

Step 4: Set your Facebook and Instagram profile as public so that we are able to track you

Step 5: Win & watch X-Men: Apocalypse in GSC Quill City Mall on 21 May 2016 at 8.30pm

image

PITAHATI: Selamat Datang Ke Panggung Suara LIVE

Pitahati akan bermain di konsert Selamat Datang Ke Panggung Suara Live yang bakal berlangsung malam ini (7 Mei 2016) di Auditorium Muzium Negara pada jam 8:30 malam. Panggung akan dibuka oleh Ramayan.

Tiket berharga RM60 boleh dibeli kaunter di pintu masuk pada hari konsert.

Rekaan pentas Selamat Datang Ke Panggung Suara Live di Auditorium Muzium Negara diilhamkan oleh Izat Arif (yang telah menghasilkan gambar album Selamat Datang Ke Panggung Suara).
image

image

image

image