Bandwagonry boleh merayau dalam kafan

Bagaimana anda mula kenal Butterfingers ketika zaman tak berapa nak ada internet, sebelum Friendster, MySpace, MyRakan apatah lagi Facebook dan Stegrem? Kalau sekarang tak ada internet, perut boleh masuk angin ni.

Aku first time dengar Butter dulu masa kemunculan pertama di rancangan Alternatif di TV3 sekitar 1996. Tiada pengenalan apa2, Butter terus mainkan lagu Garden City of Lights (masa ni Butter Worth tak keluar lagi). Tapi korang paham ajelah, bila band alternatif perform live kat TV3, semua band dah bunyi macam kombo Ambang Klasik jadi ianya bukan cinta pandang pertama pada aku walaupun aku pun dah mula kenal grunge sebelum itu lagi dari band-band big 4 grunge dari Seattle ke pembacaan di akhbar Star, majalah ROTTW, majalah Hit Parder, akhbar Harian Metro (masa ni Saniboey Ismail banyak mengulas album2 alternatif tempatan dan luar negara di Metro dengan penulisan yang buat kau senang faham sebelum mendengar album itu sendiri kalau banding dengan Harian Metro post black metal yg dah jadi jahanam. Fuck you, Rudy.) Selepas beberapa ketika, aku mula dengar rakaman studio Butter seperti lagu Chrome di Radio 4 RTM (sekarang Traxx FM) dan Nicc o Tyne di Radio Muzik (sekarang Muzik FM) yang lebih buat aku menerima Butter walaupun tak terus beli kaset. Aku betul-betul melekat dengan Butter melalui album Butter Worth Pushful sebab bunyian mereka lebih jelas dengan produksi rakaman yang lebih baik tapi aku masih tak beli-beli kaset Butter sebab aku sibuk buat mixtape tiap-tiap minggu bila dengar program radio macam Alternative Rock Chart dan Under Current di Radio 4 RTM. Banyak band masuk radio dan jika diikutkan pada zaman ekonomi gawat dan masih sekolahnya, tak terbeli kaset-kaset di kedai walaupun disarankan oleh rakan beli tape kosong supaya dia boleh tolong ‘dubbing’.

So, yeah. The struggle is real and internet is nowhere to be found tapi ajaib jugalah sebab aku boleh hafal dua album Butter dalam kepala masa tu.

Bayangkan aje kalau zaman tu majalah ROTTW pun belum ada, tak mustahil Butter keluar dalam majalah URTV pose terjun kolam sebagaimana yang terjadi pada kumpulan Wings dan banyak band rock kapak dan rock leleh sebelumnya.